Politik

Bayar denda lebih murah banding kos kuarantin – Guan Eng

SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan bayaran denda RM1,000 lebih murah berbanding kos kuarantin yang perlu ditanggung iaitu RM2,100.

Beliau berkata demikian menyindir bayaran denda yang dikenakan kepada Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.

Menurutnya, tindakan denda tersebut dianggap murah bagi seorang menteri dan tidak adil kepada rakyat lain.

“Bagi yang dikuarantin dan terpaksa bayar kos kuarantin RM2,100, baik bayar sahaja kompaun RM1,000 tanpa kuarantin 14 hari.

“Penjimatan RM1,100 amat bermakna kepada mereka yang kehilangan kerja.

BACA > Gugat perpaduan kaum: Undang-undang sedia ada memadai – Suara Merdeka

“Bukan macam menteri yang melanggari undang-undang tetapi masih ada kerja.”

Demikian kata Ahli Parlimen Bagan itu dalam Facebooknya hari ini sambil membandingkan dengan beberapa kes langgar perintah kuarantin yang dihadapi rakyat.

Menurutnya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu memberi layanan undang-undang yang sama terhadap Mohd. Khairuddin.

Terdahulu, Mohd. Khairuddin dipercayai tidak menjalani proses kuarantin selepas pulang dari Turki bagi memastikan tiada penularan Koronavirus (Covid-19).

Beliau dikatakan melanggar perintah untuk tidak keluar rumah selama 14 hari dengan menghadiri lebih 10 majlis.

Namun selepas dikritik, beliau kemudian bertindak membuat permohonan maaf dan memulangkan gajinya sebagai menteri.

BACA > Covid-19: PH dakwa RM20 bilion diperuntuk sejak Disember – Suara Merdeka

Mohd. Khairuddin juga kemudian dikenakan kompaun oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sebanyak RM1,000 akibat melanggar perintah kuarantin.

Walau bagaimanapun, permohonan maaf, pemulangan gaji dan kompaun dikatakan tidak memadai.

https://www.facebook.com/limguaneng.malaysia/posts/3768353423194731?__tn__=-R

Tambah Guan Eng, beliau mempersoalkan adakah seorang menteri boleh melanggar undang-undang.

“Betapa marahnya rakyat menuntut keadilan dan layanan sama yang diberikan kepada #AkuMenteri.

“Bagi anak yang tak dapat menatap wajah arwah ayah buat kali terakhir, ini bukan sahaja tanggungjawab.

BACA > Yang di-Pertuan Agong juga jalani kuarantin 14 hari – Suara Merdeka

“Tetapi kasih sayang anak dan bapa. Sekiranya dia seorang Menteri, mungkin semua dibolehkan.

“Inilah yang didokong oleh kerajaan sekarang – darjat lain, nasib pun lain!” tegasnya.

Terdahulu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi turut meminta Ahli Prlimen Kuala Nerus itu berlapang dada sekiranya didakwa di mahkamah.

Beliau menasihatkan Mohd. Khairuddin supaya membersihkan namanya di mahkamah susulan tindakannya melanggar perintah kuarantin.

Katanya, sekiranya hukuman berat dikenakan dan perlu melepaskan jawatan dalam kabinet dan Dewan Rakyat, itu bukanlah pengakhiran kepada karier politiknya.

BACA > Langgar kuarantin: Khairuddin perlu berlapang dada jika didakwa – Suara Merdeka

Beliau masih boleh bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti. – SM

(Visited 115 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button