BeritaNasional

Sindiket proses dadah dalam bangsal tumpas

Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas serbuan ke atas sebuah bangsal yang dijadikan sebagai makmal memproses dadah di kawasan penternakan lembu dan ikan Bukit Beruntung, Hulu Selangor semalam.

Operasi yang dilancarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Selangor berjaya menahan 10 lelaki termasuk tiga orang warga Indonesia, India dan Myanmar dan seorang wanita warga tempatan yang berusia di antara 34 hingga 53 tahun.

Pengarah JSJN Bukit Aman, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata hasil serbuan itu, polis merampas dadah jenis Heroin dan Kaffein, masing-masing seberat 15.97 kilogram (kg) dan 28.8 kg, dengan nilai keseluruhan RM222,960.

Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 3 Disember ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Polis Selangor

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button