fbpx
Jenayah

Sindiket dadah: Orang dalam PDRM jadi duri

PENGLIBATAN anggota dan pegawai polis walaupun jauh di Sarawak akan terus dipantau Ibu pejabat Polis Bukit Aman dan tindakan tegas akan diambil.

Kenyataan tegas itu dikeluarkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ramli Din yang mengulas mengenai penglibatan dua pegawai polis dalam sindiket dadah.

“Peranan pegawai polis itu dalam kes ini adalah mereka bersekongkol dengan sindiket dadah. Sarawak bukanlah luar dari jangkauan kita di Bukit Aman.

“Kita tak mahu orang yang kita harapkan menjadi ‘duri.’ Pemantauan berterusan dilakukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JSJN sendiri,” katanya dalam satu sidang akhbar di Bukit Aman seperti dilaporan Harian Metro.

BACA> Ahmad Zahid tarik balik rayuan cabar Akta SPRM dan Pencegahan Wang Haram

Mengulas mengenai penglibatan dua pegawai polis itu, jelas Ramli Din, kedua-dua mereka antara 14 yang ditahan dalam serbuan terhadap sindiket dadah yang bernula 1 Julai lalu hingga semalam.


Jelasnya, serbuan dilakukan di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak dengan nilai rampasan berjumlah RM10 juta melibatkan pelbagai jenis dadah seberat 182 kilogram untuk pasaran 580,000 penagih.

“Kedua-dua pegawai yang ditahan masing-masing berpangkat Asisten Superintendan dan Sub Inspektor itu bertugas di Sarawak dan didapati bersekongkol dengan sindiket berkenaan.

“Kita percaya tangkapan menerusi Ops Nutcracker berjaya melumpuhkan dua sindiket pengedaran dadah terbesar ke Sarawak setakat ini,” ujarnya.

BACA> Ketua Menteri P. Pinang beri keterangan 4 jam di SPRM

Jelasnya, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 26 hingga 58 tahun

Katanya, kedua-dua pegawai polis disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 manakala 12 lagi disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952.

“Semua suspek ditahan reman antara enam dan tujuh hari,” jelasnya -SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button