Nasional

Dakwaan tak solat itu keterlaluan – KPN

TUDUHAN pengasas Hot Burger, Mohd. Asri Hamid atau Asri Janggut yang menyatakan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menjaga solat disifatkan sebagai keterlaluan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, isu itu tidak sepatutnya dibangkitkan di khalayak ramai.

“Ini (solat) soal kita dengan Tuhan dan PDRM tidak pernah ketepikan … didikan moral dan agama sentiasa disemarakkan dalam pasukan.

“Orang kena tahu PDRM juga ada hafiz dan setiap Ibu pejabat Polis Daerah di seluruh negara mempunyai surau,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

BACA> Hina polis, tentera, Asri Janggut dipanggil ke Bukit Aman

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman, hari ini.

Menurut Abdul Hamid, pihaknya menyediakan prasarana dan sentiasa memberi ruang untuk setiap pegawai serta anggota melaksanakan kewajipan masing-masing.

“Saya tidak boleh paksa semua orang sembahyang sebab itu antara diri masing-masing dengan Tuhan,” katanya.

Katanya, setiap calon konstabel dan pegawai bagi pengambilan baharu juga diwajibkan menjalani ujian agama.

“Ini telah lama dilakukan dan ujian kefahaman asas agama kepada calon agama Islam ini membolehkan PDRM nilai siapa yang layak untuk menjadi anggota polis.

BACA> Mulut jangan lancang sangat bro Asri

“Dalam Rukun Negara juga jelas mengatakan yang asasnya adalah kepercayaan kepada Tuhan. Pucuk pimpinan tidak mahu orang berisiko diberi kuasa,” katanya.

Semalam, satu klip video berdurasi 31 saat memaparkan Asri Janggut, 42, dalam satu sidang media mendakwa anggota polis serta tentera tidak menjaga solat. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button