Ekonomi

Mitsubishi Malaysia jual 4,008 unit kenderaan dari Jan-Julai

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia, mencatatkan jumlah jualan 4,008 unit antara bulan Januari hingga Julai tahun ini.

Berdasarkan kepada jumlah jualan itu, penguasaan pasaran syarikat itu meningkat daripada 1.4 peratus (Januari hingga Julai 2019) kepada 1.7 peratus (Januari hingga Julai 2020) daripada Jumlah Jualan Industri (TIV), kata syarikat dalam satu kenyataan.

Mitsubishi Triton menunjukkan peningkatan mencatatkan 22.2 peratus penguasaan pasaran dalam tempoh Januari hingga Julai 2020, meningkat daripada 16.9 peratus dalam tempoh yang sama 2019.

Triton kini menduduki tempat pertama dalam segmen trak pikap “double-cab” di tiga negeri iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif Tomoyuki Shinnishi berkata MMM gembira melihat penjualan yang positif itu selepas terjejas oleh pandemik COVID-19, situasi yang belum pernah terjadi sebelum ini.

“Ini didorong terutamanya oleh 100 peratus pengecualian cukai jualan daripada kerajaan yang diguna pakai untuk SUV (ASX Compact SUV) dan SUV (Outlander tujuh tempat duduk) yang dipasang dalam negara. Penjualan yang baik juga memperlihatkan kesetiaan jenama dan pelanggan dalam tempoh yang sukar ini,” kata beliau. – SM

(Visited 126 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button