Ekonomi

Proton capai jualan tertinggi pada Julai

PROTON Holdings Bhd mencatat jualan tertinggi untuk sebulan pada Julai dengan menjual 13,216 unit kenderaan.

Ia merupakan jumlah jualan bulanan tertinggi sejak Jun 2012.

Empat model mencatat jualan tertinggi dalam segmen masing-masing pada Julai yang menunjukkan jualan keseluruhan meningkat 37.3 peratus (13,216 berbanding 9,623) berbanding Jun 2020 dan 45.7 peratus (13,216 berbanding 9,072) berbanding bulan yang sama pada 2019.

Sekali lagi. Proton Saga sekali mencatat jualan tertinggi dan menjadi pilihan utama dalam pasaran sedan segmen A dengan 5,421 unit dijual pada Julai.

Sebanyak 3,087 unit terjual bagi SUV segmen-C Proton iaitu X70, diikuti sedan segmen B, Persona (3,043 unit) dan MPV segmen C, Exora (792 unit).

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Roslan Abdullah berkata, wujud kesan positif dalam aspek perniagaan lain yang turut membantu dalam peningkatan jualan.

“Sebagai contoh, Proton Commerce, penyedia pembiayaan kenderaan dalaman syarikat mencatat peningkatan jumlah pinjaman sebanyak 100 peratus berbanding bulan sebelumnya.

“Untuk Ogos, Proton akan terus berusaha memberi tawaran menarik kepada pasaran dan merangsang jualan sebagai persiapan untuk memperkenalkan lebih banyak model pada akhir tahun ini,” kata Roslan dalam kenyataan.

Menurut kenyataan itu, jualan kereta di Malaysia terus meningkat pada Julai berikutan gabungan insentif jualan tanpa cukai dan permintaan pengguna yang mendorong kenaikan Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) tertinggi dalam tempoh 13 bulan.

Proton turut memperoleh keuntungan daripada peningkatan penjualan itu selepas jenama automotif Malaysia sekali lagi menguasai pasaran yang menyumbang kira-kira 63.2 peratus jumlah jualan pada Julai 2020.

Pegangan pasaran Proton sejak awal tahun sehingga Julai 2020 diramalkan sebanyak 21.8 peratus, pertumbuhan 6.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Melalui peningkatan ini, jurang jumlah jualan berbanding 2019 menurun hanya 4.2 peratus (50,294 berbanding 52,499) dan penurunan ini adalah lebih rendah berbanding jurang jangkaan TIV keseluruhan pada tempoh yang sama iaitu 33 peratus (230,929 berbanding 347,177). – SM

(Visited 598 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button