Nasional

Kes SRC: Pemimpin UMNO, penyokong Bossku hadir beri sokongan

SELAIN kehadiran penyokong Datuk Seri Najib yang datang secara rombongan dengan sejumlah besar bas, penyokong tertinggi UMNO juga hadir memberi sokongan.

Antara yang hadir ke Kompleks Mahkamah Tingggi Kuala Lumpur itu ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohamad Hassan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Datuk Seri Noh Omar.

Datuk Seri Mohamad Hassan yang juga Timbalan Presiden UMNO turut dilihat mengiringi bekas presiden parti itu untuk masuk ke mahkamah.

BACA> Laungan ‘Bossku’ sambut Najib di mahkamah

Sementara itu, Ahmad Maslan ketika ditemui pemberita berkata, dia mengharapkan keputusan yang adil dapat diputuskan dan Najib akan dibebaskan daripada pertuduhan.

Najib tiba di perkarangan kompleks Mahkamah Jalan Duta, kira-kira pukul 9.34 pagi bagi mengetahui keputusan perbicaraan rasuah RM42 juta yang dihadapinya.

BACA> Keputusan kes Najib: Kawalan ketat di mahkamah

Kehadiran Najib itu dinantikan sejumlah penyokongnya yang hadir bukan sahaja dari Kuala Lumpur, tetapi juga dari Pulau Pinang dan negeri-negeri lain. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button