Politik

Kadir Jasin kena pulangkan duit UMNO – Puad

TOKOH Wartawan Negara Datuk Dr. A. Kadir Jasin digesa memulangkan semula duit UMNO yang dipegangnya secara proksi.

Duit tersebut dikatakan wujud dalam bentuk saham yang dipegangnya termasuk dalam syarikat Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Justeru, jika beliau enggan berbuat demikian, UMNO juga digesa membuat tuntutan melalui undang-undang terhadap aset pelaburan oleh UMNO.

Tuntutan tersebut juga dibuat ekoran Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu lantang mengkritik bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka.

“Sampai masanya UMNO membuat tuntutan melalui undang undang duit dan aset UMNO yang ada atau sudah dijual oleh A Kadir Jasin.

BACA > Titah Raja Muda Perlis berhubung SOP solat Aidiladha — Suara Merdeka

“Ia ekoran pendedahan fakta di media sosial apabila berlakunya perdebatan terbuka antara DS Najib dan A. Kadir Jasin.”

Kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi dalam Facebooknya hari ini.

Menurut Mohd. Puad, beliau mengemukakan tiga hujah terhadap A. Kadir supaya memulangkan semula duit yang dikatakan milik UMNO.

Ia termasuklah pengakuan yang pernah dibuatnya iaitu proksi kepada harta UMNO ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi presiden parti.

“Pertama, Kadir Jasin telah membuat pengakuan bahawa dia adalah proksi harta UMNO 1993-2000 semasa Tun M menjadi Presiden parti.

“Dia menjadi pemilik saham terbesar MRCB semasa menjadi proksi dan towkay MRCB.” katanya.

Tambah Mohd. Puad, A. Kadir dilaporkan mempunyai perjanjian rahsia dengan sebuah badan guaman berkaitan pegangan saham dalam MRCB.

BACA > Laungan ‘Bossku’ sambut Najib di mahkamah — Suara Merdeka

Menurutnya, dalam perjanjian tersebut terdapat pegangan yang diletakkan di bawah nama Dr. Mahathir.

“Kedua, rupanya ada “Trust Agreement” rahsia telah dibuat oleh Guaman Amin & Co. Ini didedahkan di Mahkamah pada tahun 2010.

“Dalam “Trust Agreement” itu, pemegang saham 70% kepentingan dalam Realmild iaitu pemegang saham majoriti syarikat MRCB adalah di bawah nama “peribadi” Tun M.

“Juga didedahkan Mahathir dan Guaman Amin & Co ada memiliki salinan perjanjian rahsia itu,” jelasya.

Kata Mohd. Puad lagi, isu pegangan saham dalam MRCB melalui Realmild itu juga diketahui Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

https://www.facebook.com/drpuadzarkashi.official/posts/10158418211603609?__tn__=-R

Menurutnya, persoalan timbul apabila pada tahun 2000 A. Kadir tidak memindahkan saham MRCB itu kembali kepada UMNO.

Sebaliknya, beliau memindahkan kepada individu lain.

BACA > Tolak tepi fahaman politik, keluhan rakyat lebih penting — Suara Merdeka

“Di sebut juga Kadir Jasin antara yang menerima bayaran apabila saham Realmild dijual.

“Mana mungkin Kadir Jasin tidak dapat apa apa habuan hasil jualan saham itu. Ia melibatkan berbilion ringgit,” ujarnya.

Jelas Mohd. Puad, hasil jualan saham tersebut adalah tinggi kerana ketika itu MRCB juga mempunyai pegangan dalam syarikat lain termasuk sebuah bank.

“Mana tidaknya, masa itu, MRCB memilik 23 peratus saham RHB Bank dan 30 peratus saham Port Dickson Power (IPP).

“Selain itu, syarikat itu turut memiliki 25 peratus saham dalam Malakoff Berhad (IPP), 44 peratus dalam NSTP dan 50 peratus TV3.

“MRCB juga dilaporkan mempunyai kepentingan dalam projek KL Sentral, Telco Emartel (013) dan projek lebuhraya Ipoh-Lumut,” jelasnya.

Tambah Mohd. Puad, pemilikan tersebut belum termasuk pendedahan yang dibuat oleh Najib dalam berpuluh syarikat pembinaan, kejuruteraan dan pembuatan.

Katanya, tindakan A. Kadir menyindir bekas Perdana Menteri sebelum ini umpama menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri.

“Dia sindir Najib kerana dalam kes SRC, Najib tidak tahu ada orang masukkan duit ke dalam akaun peribadinya.

BACA > Kes SRC: Pemimpin UMNO, penyokong Bossku hadir beri sokongan — Suara Merdeka

“Tetapi sekarang Kadir Jasin kata dia tidak tahu apa apa yang berlaku dalam MRCB.

“Walaupun dia adalah pemilik saham besar dan towkay MRCB yang melibatkan berbilion ringgit,” ujarnya. – SM

 

(Visited 773 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button