Penerbit Glee tubuh dana khas buat anak Rivera
Penerbit drama Glee, Ryan Murphy, Brad Falchuk dan Ian Brennan bercadang untuk mweujudkan dana khas untuk menampung kos pelajaran anak mendiang Naya Rivera.
Ketiga-tiga mereka bersetuju untuk mewujudkan dana tersebut apatah lagi mendiang Rivera dan anaknya, Josey sudah dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga mereka.
“Dana tersebut akan digunakan Jason untuk menampung pelajarannya di masa akan datang,” katanya seperti dilaporkan Daily Mail.
Sementara itu, ketiga-tiga mereka turut berkongsi rasa kesedihan selepas Rivera disahkan meninggal dunia.
BACA> Naya Rivera sah ditemukan lemas
“Rivera sebenarnya bukanlah watak utama dalam Glee dan dia hanya mempunyai sedikit sahaja skrip.
“Tetapi bila melihat gaya lakonan dan bakatnya, kami mula sedar yang Rivera sebenarnya berpotensi tinggi dalam bidang seni.
“Rivera boleh berlakon, menari, menyanyi, membuat lawak dan membuai penonton ke dalam emosi kesedihan,” kata mereka.
Rivera disahkan meninggal dunia selepas mayatnya ditemukan pada kelmarin di Tasik Piru, Ventura, Amerika Syarikat.
BACA> Saya tahu jaga anak sendiri – Nina Iskandar
Pelakon itu dilaporkan hilang seminggu yang lalu.
Kehilangan Rivera hanya disedari selepas anaknya yang berusia 4 tahun ditemukan terapung seorang diri di atas bot yang disewa. -SM