SukanUncategorized

Pasukan MotoGP diminta patuh SOP

SEMUA pasukan perlumbahan motosikal MotoGP yang akan menyambung semula perlumbaan di Litar Jeres, Sepanyol, hujung minggu ini perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Perkara itu ditegaskan Presiden Persekutan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Jorge Viegas; Presiden Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalan Raya Antarabangsa (IRTA), Herve Poncharal; dan Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan bersama itu, pematuhan SOP itu untuk mengekang penularan Covid-19.

“Kami harus mengambil kesempatan ini untuk memberi peringatan kepada semua tentang kepentingan langkah-langkah keselamatan dan prosedur perubatan yang memungkinkan kita semua kembali ke litar.

BACA> Polis tahan kanak-kanak 12 tahun hantar mesej rasis kepada Zaha

“Sebelum tiba di Litar Jerez-Angel Nieto, kami mengingatkan kepada semua bahawa selepas anda diuji, setiap ahli paddock harus melakukan kawalan kendiri sebanyak mungkin dan mengelakkan hubungan yang tidak perlu dengan orang lain sehingga pada waktu tiba di litar,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Menurutnya, perlumbaan hujung minggu ini akan diadakan di bawah kebiasaan baharu dengan protokol perubatan yang lebih komprehensif yang akan diperkenalkan bagi memastikan semua yang hadir ke perlumbaan itu akan mematuhi standard keselamatan tertinggi yang ditetapkan oleh FIM, IRTA dan Dorna Sports.

“Adalah penting semua peraturan mengasingkan diri dipatuhi dengan ketat dan semua peserta hanya boleh pergi ke litar dan hotel sahaja. Kami akan ketiadaan banyak ahli paddock dan kami berterima kasih atas usaha mereka yang bekerja dari jauh dan kami juga buat masa ini akan kehilangan peminat kami di grandstands,” katanya.

Kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia 2020 telah ditangguhkan sejak Mac dan akan disambung semula hujung minggu ini di Litar Jerez, bermula dengan sesi ujian pada Khamis dan diikuti sesi latihan rasmi pada Jumaat serta sesi kelayakan pada Sabtu, sebelum perlumbaan pada Ahad.

BACA> Liga Eropah sasaran Mourinho seterusnya selepas tewaskan Arsenal

Perlumbaan  Grand Prix Sepanyol hujung minggu ini turut melibatkan pasukan MotoGP negara, Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) dan tiga pelumba negara iaitu Hafizh Syahrin Abdullah (Aspar Team) dan Kasma Daniel Kasmayudin (ONEXOX TKKR SAG Team) dalam kelas Moto2 serta Khairul Idham Pawi (Petronas Sprinta Racing) dalam kelas Moto3. -SM

(Visited 324 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button