fbpx
Nasional

Empat ditahan terlibat aktiviti dadah

Empat lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Sungai Penchala, Kuala Lumpur semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. Zainuddin berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 25 hingga 40 tahun ditahan kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

“Serbuan dilakukan susulan maklumat yang diterima daripada orang awam berhubung kegiatan penyalahgunaan dadah di kawasan berkenaan dan susulan itu, sebanyak 1.3 gram dadah jenis heroin turut dirampas.

BACA> Azhar, Azalina Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat

“Hasil siasatan mendapati rumah berkenaan milik keluarga dua daripada suspek yang ditahan dan ujian saringan air kencing juga mendapati kesemua mereka positif morfin,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Menurut Zairulnizam, semakan rekod jenayah mendapati mereka mempunyai beberapa rekod lampau melibatkan kes dadah.


Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara dan denda jika sabit kesalahan. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button