Politik

Najib: Shafie Apdal paling banyak minta tender terpilih

Datuk Seri Najib Razak mendedahkan Datuk Seri Shafie Apdal merupakan menteri Sabah yang paling banyak meminta tender terpilih kepada Kementerian Kewangan sebelum ini.

Najib berkata, malah sekiranya permintaannya ditolak, Shafie yang juga bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar  akan mengemukakan surat rayuan.

“Jarang ada orang tulis surat rayuan untuk ini. Tidak ada Menteri lain seperti dia. Sehingga surat-surat permohonan untuk tender terhad dan surat rayuan dia bertimbun-timbun di Kementerian Kewangan.

“Dan sehingga dia bengang dengan kita kerana kita sering tolak permintaan-permintaan dia masa itu,” katanya menerusi laman Facebook.

Najib yang merupakan bekas Menteri Kewangan mendakwa, menerusi pencalonannya menjadi Perdana Menteri ke-9 oleh kem Tun Dr. Mahathir Mohamad, Shafie yang juga Ketua Menteri Sabah berpeluang untuk meluluskan tender terpilih dengan sewenangnya mengikut kehendak beliau sekiranya berjaya mendapat jawatan tersebut.

“Bila dia jadi PM9 PH Plus, boleh lah dia luluskan permintaan tender-tender terhad dia sendiri pada masa depan seperti apa yang dia sering buat sebagai Ketua Menteri PH Plus Sabah masa kini. Bolehlah dia berhenti tulis surat rayuan masa itu,” tambahnya.

Selepas Pakatan Harapan secara rasminya menyatakan pendirian untuk mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir dan lima lagi Ahli Parlimen kemudian menegakkan cadangan tidak rasmi mereka sebelum ini.

Dr.  Mahathir bertegas untuk memilih Shafie sekaligus membuat keputusan untuk kekal bersama Warisan sebagai blok bebas di dalam dan di luar Parlimen. – SM

(Visited 460 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button