Politik

Tun Mahathir punca perbalahan Melayu – Tawfik Ismail

BEKAS Ahli Parlimen Sungai Benut, Tawfik Ismail menunding jari menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai punca perbalahan Melayu.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen dari parti UMNO suatu ketika dahulu turut mengkritik usaha dan cubaan Tun Mahathir untuk menyatukan dan seterusnya menyelamatkan orang Melayu.

Tindakan Tun Mahathir itu juga disifatkan oleh Tawfik sebagai satu metos.

“Mahathir sering menyeru penyatuan Melayu namun ironinya, beliau yang mengakibatkan perbalahan Melayu menerusi tindakannya,” kata Tawfik seperti dilaporkan oleh FMT hari ini.

Tawfik turut menuduh Mahathir sebagai pemimpin yang memecahbelahkan dan tidak mengendahkan sentimen rakyat termasuk akar umbi UMNO ketika Tun menjadi Perdana Menteri dan Presiden parti UMNO.

Tawfik memetik krisis UMNO pada 1987 yang bukan saja mengakibatkan perpecahan parti malah krisis Perlembagaan apabila kerajaan pimpinan Mahathir menggantung seterusnya menyingkirkan Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Salleh Abas.

TUN Dr Mahathir Mohamad

“Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu juga bergaduh dengan hampir semua sekutunya,” kata Tawfik.

Beliau mengulas laporan beberapa pemimpin PAS dan Bersatu yang menandatangani Proklamasi Orang Melayu bagi menyatukan dan “menyelamatkan” orang Melayu.

Pemimpin itu termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang turut berkata, mereka menandatangani proklamasi itu atas kapasiti peribadi.

“Ketuanan Melayu tidak pernah terancam kerana bilangan orang Melayu yang berkuasa lebih daripada bersekadar dengan populasinya,” kata Tawfik.

faizal azumu
Ahmad Faizal Azumu

Beliau turut menyifatkan ironi untuk Mahathir “bermesra” dengan pemimpin PAS sedangkan beliau “amat negatif” terhadap kelayakan parti Islam itu.

“Itu tipikal bagi Mahathir. Beliau tidak mempedulikan prinsip. Beliau tidak konsisten dalam memilih musuh,” ujar Tawfik.

Tawfik berkata, jelas Mahathir serta pemimpin PAS dan Bersatu yang menandatangani Proklamasi Orang Melayu itu sekadar bermain “politik untuk kesenangan”.

Beliau sekali lagi menyifatkan penyatuan Melayu adalah sebagai satu mitos.

“Mahathir dan sekutunya boleh cuba bercakap mengenai penyatuan Melayu namun tindakan pecah dan perintah sendiri membatalkan sebarang usaha seumpama itu,” katanya. – SM

BACA Melayu jadi bangsa mundur, terpinggir jika berpecah – Sultan Selangor

BACA Melayu jangan benar ketaksuban merasuk diri

 

(Visited 324 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button