BeritaNasional

Raja Puan Muda Perlis sertai Orange Fun Run

Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat mengambil bahagian di dalam program ‘Orange Fun Run’ yang disertai lebih daripada 1,200 peserta sejauh 5km yang bermula dan berakhir di perkarangan UTC Kangar pagi tadi.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Perlis, Datuk Hajah Tengku Shireen Datuk Paduka Tengku Suleiman dan Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Perlis, Rosnizawati Mohamad.

Turut hadir ialah AMMK Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Perlis, Siti Berenee Yahaya.

Pada hari yang sama juga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Pembangunan Wanita Negeri menganjurkan ‘Orange Run’ yang dilaksanakan serentak di seluruh Malaysia. Istimewanya di Perlis, larian ini diadakan dengan kerjasama dan usaha yang kuat daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Perlis dan Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Perlis.

Untuk rekod, pada setiap tahun seluruh dunia menyambut ketibaan 25 November bagi meningkatkan kesedaran seluruh masyarakat dunia untuk mengambil tindakan menghentikan sebarang bentuk keganasan terhadap wanita.

Sambutan Kempen Menanggani Keganasan Terhadap Wanita ini disambut secara simbolik bagi menggesa masyarakat supaya sedar akan isu ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button