Hiburan

Kontroversi buli: Jimin AOA hilang Subscribers YouTube

BEKAS ahli kumpulan K-Pop AOA, Jimin yang terlibat dengan kontroversi membuli anggota kumpulannya yang lain iaitu Mina nampaknya terus mendapat pembalasan.

Selepas dikecam teruk oleh peminat, Jimin kini mula kehilangan subscriber di akaun YouTubenya dan dipercayai tindakan adalah sebagai protes terhadap tindakan bulinya sebelum ini.

Portal Allkpop memberitahu, agensi yang menguruskan kumpulan AOA, FNC Entertainment telah mengumumkan cuti untuk Jimin daripada industri hiburan sejak 4 Julai lalu.

Sejak kontroversi itu juga, saluran YouTube Jimin iaitu ‘Boss Baby Jimin’ yang sebelum ini mempunyai 33,000 subscriber telah turun kepada 27,800 subscriber.

BACA> Operasi pencarian aktress Glee, Naya Rivera: Tasik Piru ditutup

Isu buli bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh apatah lagi perbuatan itu boleh memberi masalah mental dan jiwa kepada mangsanya.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Mina mendedahkan di Instagram bahawa dia adalah mangsa buli oleh Jimin selama 10 tahun sejak bersama kumpulan tersebut.

aoa
Ahli kumpulan AOA yang dibuli, Mina.

Jimin kemudian telah menafikan kenyataan yang mendakwa dirinya seorang pembuli dan Mina selepas itu terus mengeluarkan bukti dan pendedahan berkaitan buli melibatkan dia dan anggota kumpulan yang lain.

Ekoran pendedahan yang dibuat, Jimin telah meminta maaf secara peribadi kepada Mina dan agensi mereka juga sudah memberitahu yang semuanya kini sudah selesai.

BACA> Normal baharu tonton wayang, pawagam pandu masuk?

Namun, Mina kemudian terus membuat serangan terhadap Jimin berkaitan buli dan tindakan wanita itu yang melakukan hubungan intim bersama seorang lelaki di asrama mereka.

Isu berkaitan Mina dan Jimin ini nampaknya belum lagi selesai dan berkemungkinan, isu yang bermula daripada kes buli ini akan berlanjutan ke isu-isu lain jika agensi mereka tidak bertindak dengan segera. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button