Hiburan

Operasi pencarian aktress Glee, Naya Rivera: Tasik Piru ditutup

OPERASI mencari bekas pelakon siri muzikal, Glee, Naya Rivera diteruskan di Tasik Piru di selatan California pada Khamis pagi waktu tempatan.

Menurut laporan antarabangsa, tasik itu terpaksa ditutup bagi melancarkan proses pencarian Rivera yang dikhuatiri lemas pada Rabu.

Naya Rivera hilang: Tasik Piru ditutup bagi meneruskan operasi pencarian
Sebelum ini, anaknya yang berusia empat tahun ditemui berseorangan dalam sebuah bot yang disewa di tasik tersebut.

Pihak berkuasa Ventura County memaklumkan aktres itu menyewa bot tersebut pada pukul 1 petang (waktu tempatan).

Kira-kira tiga jam kemudian, sebuah bot lain menemui anaknya dalam bot disewa Rivera, bersendirian tanpa Rivera di sisinya.

Susulan laporan kehilangan Rivera, ramai yang mendoakan agar aktres itu segera ditemui dalam keadaan selamat. – SM

(Visited 165 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button