Rencah HidupUncategorized

Bekas bos F1 jadi ayah lagi di umur 89 tahun

BAKAL mencecah usia 90 tahun pada Oktober depan, Bernie Ecclestone yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat Kumpulan Formula One (F1) masih sempat bergelar ayah buat kali keempat.

Khabar itu diumumkan sendiri oleh isterinya, Fabiana Flosi, 44, yang selamat melahirkan bayi lelaki itu pada April lalu.

Portal Blick melaporkan, Flosi berkata bayi tersebut dilahirkan dengan mudah dan dia bersyukur semuanya kini selamat.

“Saat nak melahirkan itu memang mudah. Hanya 25 minit sahaja proses tersebut berjalan,” katanya.

Ecclestone kini mempunyai empat orang anak hasil daripada beberapa perkahwinan sebelum ini.

BACA> Lim Kit Siang masuk hospital

Menerusi perkahwinan pertamanya bersama Ivy, dia telah mempunyai seorang anak bernama Deborah, 65.

Usai perpisahan bersama Ivy, dia berkahwin pula dengan model Croatio, Slavica Radic dan mempunyai dua orang anak iaitu Tamara, 35 dan Petra, 31.

Pada 2008, Ecclestone bercerai dan berkahwin dengan Flosi pada 2012.

Mengulas mengenai kelahiran bayi tersebut, Ecclestone berkata dia gembira dan sangat teruja dengan apa yang berlaku.

“Saya sangat gembira untuk isteri saya. Dia sudah lama ingin menjadi seorang ibu dan akhirnya, kami berjaya memiliki cahaya mata.

BACA> Tragedi kapal karam di Tasik Van: 60 migran dikhuatiri terperangkap

“Sekurang-kurangnya dengan kedatangan cahaya mata baharu ini akan ada seseorang yang boleh menjaga isteri bila saya sudah tiada,” jelasnya.

Portal Daily Mail pula sempat bertanya apakah rahsia yang dilakukan hingga mampu memperoleh anak di umur mejangkau 90 tahun.

Ecclestone berkata, dia sudah lama tidak bekerja dan mempunyai banyak untuk belatih!. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button