Politik

Lim Kit Siang demam viral, bukan Covid-19

AHLI Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang dimasukkan ke hospital hari ini bukan kerana jangkitan Koronavirus (Covid-19).

Perkara itu disahkan anaknya, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menerusi satu status yang dimuat naik dalam Facebooknya hari ini.

Bagaimanapun tidak dinyatakan perkembangan kesihatan beliau dan lokasi hospital tempatnya dirawat.

“Ayah, Lim Kit Siang dimasukkan ke hospital kerana demam akibat jangkitan virus (mujur bukan Covid-19).

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya. Semoga ayah cepat sihat.”

BACA > Isteri Will Smith bercinta dengan lelaki muda? — Suara Merdeka

Kata Setiausaha Agung DAP itu selepas melawat ayahnya.

Turut bersimpati dengan keadaan ahli politik veteran itu ialah Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming yang mendoakan kesihatan beliau.

“Semoga tuan dikurniakan kesihatan yang baik. Cepat sihat dan jaga diri,” katanya.

Terdahulu, bekas Penasihat DAP itu memulakan kerjaya politiknya sebagai Setiausaha Organisasi Kebangsaan pada 1966.

Kemudian beliau mula bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) pada 1969 bagi merebut kerusi Parlimen Bandar Melaka.

Kemudian, beliau teris bergiat aktif sebagai wakil rakyat dan pernah menyandang beberapa kerusi Parlimen seperti Petaling Jaya, Tanjong, Ipoh Timur dan terkini adalah Iskandar Puteri.

Beliau memenagi Parlimen Iskandar Puteri yang dahulu dikenali sebagai Gelang Patah pada PRU-13, ketika menentang bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

BACA > COVID-19: Angka kematian seluruh dunia lebih 512,000 — Suara Merdeka

Sebagai orang politik beliau pernah berhadapan dengan kontroversi apabila penyokong parti politik lain mempersoalkan tempat kelahiran dan kewarganegaraannya. – SM

(Visited 518 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button