Singapura turunkan tarif elektrik 15 peratus Julai – September
KERAJAAN Singapura akan menurunkan tarif elektrik negaranya sebanyak 15 peratus bermula esok (Julai) hingga 30 September tahun ini.
Tarif baharu kemudahan di negara itu dipengaruhi kejatuhan harga kos bahan api yang kurang permintaan berikutan penularan wabak Koronavirus (Covid-19).
Menurut satu kenyataan daripada syarikat pengendali elektrik Singapura, SP Group, yang dilaporkan portal Channel News Asia (CNA) tarif akan turun daripada 23.02 Sen kepada 19.60 Sen bagi setiap sejam kilowatt (kWh).
Penurunan tersebut disifatkan sebagai yang paling rendah sejak Oktober 2018 (24.13 Sen).
Namun, tarif paling rendah pernah dicatatkan negara tersebut adalah 19.13 Sen setiap kWh pada Oktober – Disember 2016.
BACA > Presiden Trump digesa keluarkan arahan pemakaian pelitup muka — Suara Merdeka
Sementara tarif paling tinggi pernah dicatatkan negara itu dalam tempoh sama adalah pada Januari hingga Mac 2020 iaitu pada (24.24 Sen).
Berbanding tarif semasa, bagi April hingga Jun 2020, caj elektrik yang dikenakan adalah pada kadar 23.02 Sen per kWh.
Jika dilihat pada perbandingan dengan suku pertama dan kedua tahun ini juga didapati tren penurunan sebanyak 5.1 peratus.
Oleh demikian , SP Group turut menjangkakan kadar bayaran bil bagi penggunaan elektrik daripada kediaman jenis rumah pangsa empat bilik akan turun sehingga 12 Dolar Singapura.
Bagi rumah teres pula, bil elektrik dijangka turun sehingga 29.03 Dolar. Sementara banglo pula turun sebanyak 81.96 Dolar.
BACA > Macau Scam: Warga emas rugi RM3.8 juta — Suara Merdeka
Secara purata, kadar bil yang akan dikenakan kepada rumah jenis pangsa empat bilik dan banglo pula adalah sebanyak, 68.75, 166.40 dan 469.71 Dolar.
Walau bagaimanapun, tidak dimaklumkan unjuran tarif bagi suku terakhir tahun ini sama ada akan terus berlaku penurunan atau sebaliknya.
Singapura melaksanakan semakan tarif elektrik negaranya pada setiap tiga bulan.
Pandemik Covid-19 yang menyerang secara global menyebabkan hampir keseluruhan sektor ekonomi dunia terhenti.
Bagaimanapun beberapa negara seperti Amerika Syarikat masih membenarkan sektor ekonominya beroperasi sehingga menyebabkan berlaku peningkatan mendadak mangsa Covid-19 di sana.
Singapura sebelum ini mencatatkan kes tertinggi di ASEAN bagaimanapun ia berjaya dikawal dan sehingga kini sebanyak 43,907 jangkitan dan 26 kematian direkodkan.
BACA > Tragedi bot dibadai ribut: Mayat kelima ditemukan — Suara Merdeka
Bagaimanapun, jumlah jangkitan di Indonesia mengatasi Singapura apabila mencatatkan 56,385 jangkitan dan 2,876 kematian. – SM