Hiburan

70 orang hilang kerja, Wak Doyok sayu

HAMPIR 70 orang bakal hilang kerja selepas selebriti fesyen, Wak Doyok dengan nada sayu mengumumkan akan menutup operasi butik berkenaan.

Menurut Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor, 40 berkata, amat sukar baginya untuk mengeluarkan arahan supaya syarikat terbabit ditutup.

Wak Doyok

“Selama tiga tahun starvilion beroperasi di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor dan Wak nak beri perintah supaya syarikat ditutup pun rasa sedih.

“Tapi kena kuatkan semangat demi 70 orang adik yang bekerja dengan Wak dan minta mereka cuba sekali lagi untuk buat jualan terakhir,” katanya.

BACA > Jangan ambil kesempatan, otak biar kreatif, Aishah – Suara Merdeka

Wak turut mengakui dengan situasi ekonomi tidak menentu ekoran pandemik Covid-19 membuatkan dia terpaksa menutup operasi dan membuat jualan lelong semua produk di butik tersebut.

Jelasnya, bermula esok hingga 5 Julai ini, kesemua barangan di butik tersebut akan dilelong serendah RM1 dan 5,000 pasang Baju Melayu Wak Doyok akan diberikan secara percuma.

“Kepada frontliners, jangan lupa datang bawa ID masing masing sebab ada harga istimewa untuk anda semua,” katanya.

Tambah Wak, selepas jualan lelong itu, Starvilion akan ditutup dan akan cuba bangkit semula dengan hala tuju dan strategi yang baharu.

BACA> Isteri bukan kaki kikis, Mawi – Suara Merdeka

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan untuk mengekang penularan Covid-19 di dalam negara, ramai golongan artis yang menjalankan perniagaan terasa kesannya.

Antaranya ialah Mila Jirin yang mengusahakan perniagaan perancang majlis perkahwinan yang dikenali sebagai Bizmilla.

Malah, Mila mendedahkan syarikatnya berdepan masalah kewangan kerana terpaksa menanggung kos pengurusan dan gaji pekerja hampir RM200,000 sebulan.

Dek kerana tidak mahu pekerjanya hilang pekerjaan, Mila akhirnya menukar seketika cabang perniagaan kepada menjual kek dan durian.

Selain Mila, seorang lagi penyanyi Rahmad Mega yang baru sahaja menyiapkan tapak perniagaan The Stage By Rahmad Mega di Jalan Puchong pada tahun lalu juga terpaksa ditutup pada awal Jun lalu ekoran pelaksanaan PKP.

Malah, premis makan yang berasaskan vendor dan baru dibuka selama lima bulan itu tidak sempat memberi sebarang keuntungan pun kepada Rahmad. -SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button