Jenayah

Mat Rempit ‘semput’ tolak motor sejauh 5 kilometer

MAT REMPIT ‘semput’, sudahlah kena tahan polis, lepas itu dipaksa pula menolak motor sejauh lima kilometer hingga ke Balai Trafik Kota Damansara.

Itu padah yang diterima sekumpulan mat rempit yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan dan Pencegahan Jenayah oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkasaan Trafik (BSPT) Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Operasi yang bermula pukul 5 hingga 7 petang itu dijalankan di Persiaran Mahogani, Kota Damansara, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, dalam operasi tersebut sebanyak 32 orang telah diperiksa dan 29 buah motosikal telah disita.

“Daripada jumlah itu, 23 orang penunggang motor dikenakan Tindakan saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

BACA > Covid-19: MPM sokong Sukan Para ASEAN 2020 batal — Suara Merdeka

“Enam lagi lelaki lingkungan 17 hingga 21 tahun ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan bahaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA > Cakap nak cari kerja, rupanya merompak — Suara Merdeka

Tambah Nik Ezanee, pihaknya akan terus melakukan operasi bagi membanteras dan mencegah ativiti samseng jalanan yang menunggang motosikal secara melulu dan bahaya hingga boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button