Politik

25 AJK PKR Saratok penyokong Ali Biju umum keluar parti,

LAGI bahagian PKR umum keluar parti. Terbaharu 25 ahli jawatankuasa (AJK) PKR bahagian Saratok, Sarawak mengeluarkan kenyataan mereka  meletak jawatan dan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Pengumuman keluar parti itu diketuai pemangku ketua PKR bahagian, Barang @ William Usup diikuti 3 naib ketua, setiausaha, bendahari, ketua Pemuda, ketua Wanita dan 16 AJK.

Kumpulan itu secara berterus terang berkata, mereka adalah penyokong setia ahli Parlimen Saratok, Ali Biju yang sebelum ini dipecat oleh PKR susulan tindakannya bersama-sama ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dalam apa yang dinamakan “langkah Sheraton”.

“Sokongan kami selama ini terhadap Ali Biju adalah atas kapasiti peribadi beliau dan bukannya parti. Tiada siapa dapat menafikan bahawa kuatnya PKR di Saratok bergantung kepada kekuatan dan kepimpinan Ali Biju dan bukannya parti semata-mata,” katanya.

Mereka percaya pelantikan Ali Biju sebagai timbalan menteri tenaga dan sumber asli di bawah kerajaan Perikatan Nasional membawa lebih banyak pembangunan di kawasan Parlimen Saratok.

“Kami dengan ini ingin menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bagi kepada beliau untuk mempertahankan DUN Krian dan Parlimen Saratok sekiranya pilihan raya umum diadakan pada bila-bila masa,” katanya.-SM

 

(Visited 594 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button