Hiburan

Sugu letak harga RM10,000 apa kata Ahmad Idham?

BARU-BARU ini kecoh sekejap dalam industi hiburan apabila seorang Youtuber yang meningkat naik sekelip mata, Sugu Pavithra meminta bayaran RM10,000 daripada seorang penerbit.

Justeru, timbullah perbalahan dalam media sosial apabila ada yang mengatakan tidak wajar dan juga sebaliknya.

Malah, rata-rata netizen menyokong Pavithra meletakkan harga sedemikian kerana untuk mengelak daripada diambil kesempatan oleh penerbit yang hendak mengambil untung mudah.

Maka, berdebat dan berbincanglah netizen dalam Facebook dan Twitter mengenai isu bayaran itu. Malah ada juga yang mengecam penerbit berkenaan walaupun penjelasan sudah diberikan.

Justeru, bagi mendapatkan gambaran bagaimana proses tawar-menawar berlaku dalam isu berkaitan dengan Pavithra ini, Suara Merdeka bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

BACA > ‘Kita susah, tetapi ada lebih susah’ — Suara Merdeka

“Seni adalah satu benda yang halus. Seni adalah satu nilai yang kadang-kadang nampak nyata ataupun tidak. Begitulah nilai pelakon.

“Pelakon harganya tidak sama, semua berbeza-beza kerana benda itu adalah karya dan khazanah seni dari dalam dirinya. Mungkin nilai yang diletakkan kepada hasi seninya.

“Jadi perkara itu adalah normal sebagai ‘buyer and seller’ punya isu.”

Demikian ulasan daripada pelakon, penerbit filem dan drama yang berpengalaman dalam industri hiburan tanah air.

Malah beliau turut memberi analogi umum mengenai pemilihan tersebut yang juga berlaku dalam kehidupan seharian.

BACA > ‘Selangor sangat sukar’ – Pakar — Suara Merdeka

“Macam beli beg, kenapa awak beli beg mahal, padahal tujuannya sama.

“Awak boleh sahaja beli beg berharga RM5, tetapi kadang-kadang pilih yang RM5,000, kenapa?

“Bagi penjual pula kenapa dia letak RM5,000 bukan RM5. Jadi bagi saya perkara ini tidak ada isu kalau sesiapa hendak letak harga, itu hak dia.

“Hak penerbit pula bergantunglah, kalau mampu ambil jika tidak, boleh berunding. Jika tidak boleh maknanya tiada kesepakatan. Itu normal, jadi move forward,” ujarnya.

Sebelum ini polemik bayaran Pavithra turut mendapat perhatian chef selebriti terkenal iaitu Datuk Redzuwan Ismail atau Chef Wan.

Menurut Chef Wan, beliau menyifatkan Pavithra sebagai seorang yang berani menonjolkan bakat resepi.

Terdahulu, kisah Sugu Pavithra tular apabila video masakannya dalam Youtube meraik tontotan puluhan dan ratusan ribu.

BACA > Airasia tambah penerbangan ke destinasi popular PKPP termasuk Langkawi — Suara Merdeka

Malah, kisahnya juga turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadikannya sebagai model dalam meraih pendapatan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button