PRK Chini: Mohd. Shahrim lebih layak bertanding – Najib
DESAS-DESUS mengenai calon Barisan Nasional yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini terjawab selepas Mohd. Shahrim Md. Zaind dipilih.
Pengumuman itu juga menamatkan ura-ura mengatakan anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Mohd. Nizar sebagai calon yang akan bertanding.
Menurut Najib, Mohd. Shahrim adalah calon yang sesuai bertanding di Dewan undangan Negeri (DUN) Chini berdasarkan latar belakang anak tempatan.
Katanya, Mohd. Shahrim juga berpengalaman dalam kepimpinan belia dan sosial di sana menjadikan beliau disenangi ramai.
“Lebih molek jika kita beri peluang pada pemimpin UMNO lain di sana yang lebih sesuai.
“Sebab itu, pilihan kita ialah Mohd Sharim Md Zain, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan.
BACA > Dr. Halina, Dr. Sheikh Muszaphar bakal timang bayi kembar sekali lagi — Suara Merdeka
“Dia pernah menjawat sebagai Pegawai Koperasi Majlis Belia Felda Malaysia, Majlis Belia Felda Wilayah Kuantan dan Naib Presiden Majlis Belia Pahang.
“Kita amat yakin dengan kebolehan saudara saudaa Mohd Sharim dan yakin dia akan berkhidmat dengan baik jika dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini.”
Demikian kata Najib dalam Facebooknya hari ini mengulas mengenai pemilihan calon yang layak bertanding dalam PRK Chini.
Bagaimanapun, beliau yakin dengan sifat jiwa besar anaknya yang teguh menyokong pencalonan Mohd. Shahrim selepas menerima pendirian ayahnya sebagai Ahli Parlimen Pekan.
“Lagipun, adalah amat janggal jika Nizar menang dan anak saya menjadi ADUN di sebuah parlimen di mana saya adalah ahli parlimennya.
“Ya, Nizar sebagai ketua pemuda UMNO Pekan memang layak dari segi jawatan parti, kepimpinan, pengalaman serta pendidikan untuk menjadi calon PRK Chini.
BACA > Betapa penatnya perjalanan saya sebagai wakil rakyat tetapi difitnah — Suara Merdeka
“Ramai dalam bahagian UMNO Pekan dan rakan-rakan BN juga menyokong Nizar dicalonkan.
“Namun pendirian saya ialah, ada lagi pemimpin UMNO di sini yang setara atau lebih sesuai dari Nizar untuk menjadi calon PRK DUN Chini,” jelasnya.
Terdahulu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, tidak menolak sekiranya anak kepada bekas Perdana Menteri itu bertanding dalam PRK Chini.
Menurutnya, Niza disifatkan sebagai calon yang mesra dan dikenali penduduk tempatan.
Bagaimanapun, pimpinan dan akar umbi Barisan Nasional bersetuju memilih anak peneroka Felda sebagai calon wakil rakyat Chini.
KERUSI Dun Chini kosong selepas penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Harun menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung pada 7 Mei lalu.
Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon pada 20 Jun dan PRK diadakan pada 4 Julai.
BACA > PRK Chini `robohkan lagi’ Pakatan Harapan — Suara Merdeka
Hari mengundi awal pula pada 30 JUn. – SM