Covid-19: Sekolah, premis niaga di Beijing kembali ditutup
BEIJING kembali menutup sekolah dan beberapa premis termasuk membatalkan dua pertiga penerbangan di lapangan terbangnya akibat serangan terbaharu Covid-19.
Pihak berkuasa di wilayah itu turut memberi amaran jumlah jangkitan mampu meningkat dengan mendadak susulan kewujudan jangkitan baharu.
China sebelum ini menarik balik perintah berkurung di beberapa wilayahnya termasuk Wuhan sebagai lokasi penularan pertama wabak itu.
Bagaimanapun, selepas penemuan dan jangkitan terbaharu dekat sebuah pasar di Xinfadi, kawasan berhampirannya di Beijing ditutup.
Susulan itu, ratusan ribu penduduk sekitar diuji bagi mengesan jangkitan Covid-19.
BACA > Dari kuarters estate Pavithra kini pindah ke rumah baru — Suara Merdeka
Pihak berkuasanya turut melarang penduduk di Beijing untuk kekal berada di wilayah itu apabila 31 kes baharu dicatatkan.
Lebih 30 kawasan kejiranan berhampiran pasar tersebut ditutup.
“Pasar Xinfadi adalah pasar raya yang besar jual barangan keperluan setiap hari dengan kemasukan pekerja asing serta ribuan pengunjung.
“Sangat sukar untuk bendung. Kita akan lihat peningkatan kes positif dalam masa terdekat.”
Demikian kata Timbalan Pengarah Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Beijing, Pang Xinghuo seperti dilaporkan portal Channel News Asia (CNA).
BACA > Covid-19: Risiko dua, tiga kali ganda jangkitan dalam rumah — Suara Merdeka
Malah menurut pasukan khas pembendungan epidemik Beijing, pihaknya bersedia untuk menguji dalam 400,000 orang sehari.
Sejak, 13 Jun lalu, 356,000 penduduk diuji merangkumi pekerja dan pengunjung pasar serta komuniti berhampiran dengannya.
Semalam, sekurang-kurangnya 1,255 penerbangan dibatalkan merangkumi 70 peratus perjalanan dari Beijing ke lapangan terbang utama China.
“Penularan semula itu memaksa pihak berkuasa untuk mengumumkan pembatalan perjalanan bagi tujuan melancong kepada penduduk yang berada dalam kategori separa atau berisiko tinggi.
“Beberapa wilayah ambil langkah mengkuarantin pelancong yang datang daripada Beijing. Semua sekolah yang dibuka semula sebelum ini kembali ditutup.
BACA > Covid-19: Menara Eiffel Paris dibuka, tetapi kena naik tangga — Suara Merdeka
“Kerajaan mengarahkan sekolah ditutup balik dan sesi pembelajaran diteruskan menerusi kelas dalam talian (online),” lapor portal itu lagi. – SM