Nasional
Trending

Belas kasihan, kemanusiaan cara KKM kekang COVID-19 termasuk pelarian

SIKAP belas kasihan dan kemanusiaan adalah cara terbaik yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang tidak mengetepikan golongan pelarian dan bukan warganegara dalam merawat dan mengawal jangkitan virus COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tiada siapa pun yang tinggal di dalam negara ini yang tidak akan dilindungi daripada virus maut tersebut..

“Dalam masa krisis dan pandemik COVID-19 mengesan, menguji, mengasingkan dan merawat adalah untuk semua tanpa mengira kewarganegaraan. Di KKM kita melihat belas kasihan dan kemanusiaan cara yang terbaik,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau berkongsi pengalaman seorang aktivis, Jules Ong yang turut serta dalam ujian saringan COVID-19 terhadap pelarian Rohingya dan Myanmar di Selayang.

BACA

Kumpulan tersebut merupakan mereka yang pernah menghadiri acara tabligh di Masjid Sri Petaling pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu. Kumpulan tabligh merupakan kluster terbesar penyebaran COVID-19 di negara ini.

“Di pusat ujian, warga asing dan penduduk tempatan dilayan secara saksama. Adalah melegakan untuk melihat pandemik ini membawa dasar yang tidak diskriminasi di mana pelarian dan rakyat dilayan sama rata dan secara adil.

“Terima kasih kepada Ketua Pengarah KKM, Dr Noor HIsham. Saya kagum betapa teraturnya ujian yang dilakukan,” kata Jules yang juga seorang penulis bebas.

Menurut Jules, pandemik COVID-19 telah menyerlahkan sisi terbaik dalam kalangan individu.

Perpaduan muncul di saat sukar dan dengan kesedaran semua orang telah bersatu dalam menghadapi krisis kesihatan yang dicetuskan oleh virus COVID-19.

Sementara itu menurut Jules, kumpulan pelarian itu kini terhimpit dengan kesusahan kerana tiada pekerjaan dan sumber pendapatan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Di sana ada kira-kira 35 buah keluarga pelarian, mereka tidak ada kerja dan tidak mampu membayar sewa rumah atau bilik selama 2 bulan sudah.

“Mohammad Rafiq, 23 tahun kata dia tidak ada duit untuk membayar sewa sebab kerja sebulannya tak dibayar gaji, taukenya sudah tutup bisnes.

“Dia tak ada kerja dan tak ada duit untuk beli susu utk bayinya. Dia khuatir dia dan keluarganya akan dihalau kerana tak mampu bayar sewa. Saya cuba bantu dia dengan apa yang ada dalam kocek saya,” kata Jules.

Pertubuhan Amal dan Kemanusiaan Selangor Humanitarian Aid Selangor Society kini sedang membantu masyarakat tersebut. Sumbangan boleh dibuat di akaun persatuan itu CIMB Bank 800 8389 590 Ref: COVID19.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button