Hina Permaisuri Agong, sebar kebencian: Imam of Peace mohon maaf
SELEPAS teruk diserang tentera bawang dari Malaysia, pengendali Twitter Imam of Peace memohon maaf atas keterlanjurannya menghina Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Lelaki tersebut dalam Twitternya sebelum ini menfitnah Tunku Azizah kerana berdiam diri membiarkan golongan wanita dan gay disebat, dipenjara dan dibunuh di bawah undang-undang syariah.
“Saya telah diserang oleh rakyat Malaysia (dari tentera bawang?). Dan kini saya berada di dalam hospital.
“Saya minta maaf kerana bersikap kurang ajar terhadap permaisuri anda. Saya cintakan Malaysia. Tolong maafkan saya. Ibu saya tidak hijau,” kata lelaki tersebut melalui Facebooknya, Imam Tawhidi Facts.
Dalam ciapannya, lelaki itu melemparkan tuduhan tidak benar terhadap Tunku Azizah apabila menyifatkan baginda sebagai wanita paling hipokrit di Asia apabila menyediakan makanan untuk kumpulan barisan hadapan ketika wabak COVID-19 melanda.
Tunku Azizah difitnah sanggup memegang senduk di depan kamera untuk bergambar namun membiarkan wanita dan gay disebat, dipenjara dan dibunuh di bawah undang-undang syariah.
Lelaki itu juga berkongsi gambar seorang pesalah syriah disebat sedangkan ianya bukan kejadian di Malaysia.
“Permaisuri Malaysia adalah wanita paling hipokrit di Malaysia. Dia memasak untuk petugas barisan hadapan ketika wabak coronavirus melanda.
“Dia sanggup memegang senduk di hadapan kamera tetapi tidak berkata apa-apa terhadap wanita dan gay Malaysia yang disebat, dipenjara dan dibunuh di bawah undang-undang syariah,” ciap lelaki tersebut.
Ciapan lelaki tersebut mengundang kemarahan rakyat Malaysia kerana tuduhan tersebut adalah jelas tidak benar.
“Selain nasi lemak, nampaknya kami juga perlu melindungi permaisuri. Kami tidak akan berdiam diri terhadap fitnah ini. Mari kita laporkan akaun ini beramai-ramai,” kata @CikManusDonut.
“Ini tuduhan serius dibuat kepada permaisuri oleh orang luar yang tidak mempunyai kredibiliti sama sekali. “Imam”? Imam tidak bertindak seperti ini. Majoriti imam mempunyai kebajikan yang tinggi sedangkan anda tidak,” balas @TuanAmirFarhan.
“Imam palsu guna gambar dari negara lain dan menyebarkan kebencian. Andalah hipokrit terbesar. Lapor akaun ini,” kata @RimauXI
“Ini salah. Henti sebar berita tidak benar. Anda tidak tinggal di Malaysia dan tidak tahu apa-apapun mengenai permaisuri kesayangan kami. Di Malaysia kami panggil ini sebagai fitnah akhir zaman.” balas @must-twt.
“Anda telah lakukannya terhadap Nigeria, sekarang Malaysia. Akhirnya anda temui pesaing anda,” kata @iam_aliyu.
“Mak kau hijau,” balas @abdulhadi18th.-SM