Berita

Hanya 10 kilometer radius pergerakan

Rakyat Malaysia hanya boleh bergerak dalam lingkungan radius 10 kilometer (km) dari kediaman masing-masing ketika kawalan pergerakan dilaksanakan, meskipun untuk tujuan membeli makanan atau ubat.

Perkara itu dinyatakan dalam syarat-syarat pergerakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Syarat itu menyatakan, jika seseorang bergerak dari satu tempat ke tempat lain dalam kawasan yang mempunyai jangkitan, mereka perlu ke tempat paling hampir dengan kediamannya sama ada untuk membeli makanan, keperluan harian, ubat atau penokok diet.

Syarat itu turut menyatakan, mereka tidak boleh disertai (ditemani) orang lain kecuali dengan alasan munasabah.

Bagi mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan dan perubatan pula, pergerakan penduduk juga tidak melebihi 10 km, paling hampir dengan kediamannya dan tidak boleh disertai orang lain kecuali dengan sebab munasabah.

Dalam melaksanakan tugasan rasmi, akta itu menyatakan rakyat Malaysia perlu mengemukakan surat kebenaran daripada majikan, jika ia dikehendaki oleh seorang pegawai diberi kuasa.

Surat kebenaran itu juga perlu dikemukakan dalam melaksanakan tugasannya dalam apa-apa perkhidmatan yang perlu.

Memperincikan mengenai keperluan pergerakan untuk membeli makanan termasuk pengendali perniagaan, Akta itu menyatakan ia perlu dijalankan secara pandu lalu, bawa pulang atau penghantaran sahaja.

(Visited 107 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button