Uncategorized

Covid-19: Malaysia catat kematian ketiga libat kluster tabligh

MALASIA mencatatkan kematian ketiga akibat virus Covid-16 yang melibatkan kluster tabligh berusia 58 tahun.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, kematian tersebut melibatkan kes ke-152 dan meninggal dunia pada pukul 6.27 petang tadi.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu kematian COVID-19 pada hari ini iaitu pada jam 6.27 petang, menjadikan jumlah keseluruhan kematian COVID-19 setakat ini tiga kes.

“Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection,”  kata Dr. Noor Hisham.

Menurutnya mangsa telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama.

Kesihatan mangsa merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia hari ini menjadikan dua kematian melibatkan kluster tabligh akibat virus maut Covid-19.

Tiga hari lalu Kementerian Kesihatan mengumumkan dua kematian akibat Covid-19 melibatkan pesakit kes ke-178 membabitkan lelaki warga Malaysia berusia 34 tahun yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur dan mengalami demam pada 5 Mac lalu.

Satu lagi melibatkan kes ke-358 iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 60 tahun. Pesakit mempunyai sejarah penyakit kronik termasuk kencing manis dan dikesan mempunyai gejala demam, batuk dan kesukaran bernafas.-SM

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button