Berita

Perdana Menteri Memperkenalkan Salaam Market, Pasaran Halal B2B Pertama di Malaysia

PULAU PINANG, 19 Disember 2024 – Macro Tech Ventures Sdn Bhd (Borong), penghimpun perisian dan platform e-dagang B2B baru-baru ini telah memperkenalkan Salaam Market, Pasaran Halal B2B Pertama di Malaysia, bersama Maybank Islamic Berhad di Expo Halal Antarabangsa Pulau Pinang 2024 (PIHEX) yang berlangsung 7 Disember bersama Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Utama Anwar Bin Ibrahim.

Salaam Market adalah satu kerjasama strategik antara Borong dan Maybank Islamic, yang bertujuan untuk menyumbang kepada kemajuan   industri Halal Malaysia yang mempunyai prospek pertumbuhan sehingga US$113.2 bilion menjelang 2030. Dalam ucapan perasmian di PIHEX, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan pembangunan ekonomi, pelaburan, dan perdagangan dalam industri Halal.

Salaam Market adalah sebuah platform komprehensif yang dapat membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi mendapatkan produk Halal tempatan dengan mudah, selamat dan praktikal. Ini adalah langkah besar untuk usahawan PMKS yang ingin memperluaskan jangkauan mereka, baik di Malaysia mahupun antarabangsa, serta memposisikan Malaysia sebagai peneraju utama dalam pasaran Halal sedunia.

Sebagai sokongan terhadap aspirasi Perdana Menteri, Pengarah Program Strategik Maybank Islamic, Dr Muhd Ramadhan Fitri Ellias, menyatakan bahawa Salaam Market adalah salah satu inisiatif melangkaui perbankan oleh Maybank Islamic untuk mendukung keperluan PMKS dalam mengukuhkan ekosistem Halal. Melalui Maybank Islamic, penggiat industri Halal boleh memajukan perniagaan mereka melalui pembiayaan malah bimbingan Fasiliti Halal secara langsung.

Aizat Rahim, pengasas bersama Borong, menyatakan melalui kerjasama dengan Maybank Islamic bagi penyelesaian pembiayaan dan memanfaatkan sokongan JAKIM dalam pensijilan Halal, Salaam Market mampu menangani pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pemain industri Halal, termasuk isu kemampuan dan  aksesibiliti.  

Dr Muhd Ramadhan Fitri Ellias dan Aizat Rahim turut menyaksikan upacara menandatangani plak oleh Perdana Menteri dalam memperkenalkan Salaam Market. Salaam Market yang mensasarkan 10,000 PMKS akan mengguna platform ini menjelang 2025, kinimenawarkan diskaun terhad sebanyak RM100 dengan perbelanjaan minimum RM250, bagi setiap pembelian yang dibuat [promosi akan tamat pada 1 Januari, 2025].

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

shahrin

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button