PH punca negara terlalu bergantung kepada minyak – Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjadi punca negara kini terbelenggu dalam krisis ekonomi yang kronik.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, kerajaan selama 22 bulan itu telah menyebabkan ekonomi negara terlalu bergantung kepada pendapatan minyak.
“Bulan April 2019 lalu, pakar-pakar juga beri amaran tentang langkah kerajaan PH naikkan kebergantungan negara pada minyak.
“Saya perlukan 9 tahun untuk turunkan kerbergantungan minyak dari 41% ke 12.7%.
“PH perlu satu tahun je untuk naikkan kembali ke 33%.
“Saya turunkan defisit negara 8 tahun berturut-turut tetapi PH naikkan kembali untuk 3 tahun berturut-turut,” katanya.
Kini kata Najib, harga minyak dunia menjunam ke USD30 satu tong berbanding harga USD70 masa PH mula ambil alih kerajaan.
“Kini Malaysia bakal menghadapi krisis ekonomi. Siapa yang patut tanggung ini sekarang?”