Luar Negara

Raja Muda Perlis bertemu mantan Presiden Singapura

SINGAPURA 16 Sept. – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengadakan pertemuan dengan mantan Presiden Singapura, Halimah Yacob ketika Baginda mengadakan lawatan kerja ke Singapore University of Social Sciences atau juga dikenali sebagai Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).

Tuanku Syed Faizuddin Putra ialah Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), manakala Halimah pula adalah Canselor SUSS.

Pada pertemuan tersebut, Tuanku Raja Muda Perlis dan delegasinya berbincang dengan SUSS tentang beberapa bidang potensi kerjasama antara kedua-dua universiti itu.

Bekas Presiden negara Singapura itu turut berharap agar perbincangan dan lawatan ini akan dapat mewujudkan kerjasama diantara dua universiti ini seperti program pertukaran pelajar dan biasiswa, pembelajaran perkhidmatan dan penyelidikan gunaan.

Melalui laman Facebooknya, Halimah memaklumkan bahawa beliau menjadi hos kepada lawatan kerja oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta delegasinya.

Beliau berkata ‘Kemajuan sesebuah masyarakat secara tidak langsung akan mempengaruhi pembangunan dan infrastruktur negara untuk lebih maju serta berdaya saing yang tinggi’.

“Saya sentiasa percaya bahawa akan memberikan peluang kedua kerana institusi ini menyediakan kemudahan bagi melanjutkan pelajaran kepada golongan ini dan tiga perempat daripada pelajar universiti ini adalah pelajar dewasa” jelas beliau.

Tuanku Raja Muda berangkat ke Singapura bagi mengetuai delegasi ‘International Leadership Mobility 2024’ UniMAP di negara jiran tersebut diiringi Naib Canselor Prof Datuk Dr Zaliman Sauli.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button