Acara

Raja Muda Perlis doakan Malaysia sentiasa dilindungi Allah

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merakamkan penghargaan kepada semua lapisan rakyat, warga perkhidmatan awam, pasukan-pasukan keselamatan, kumpulan-kumpulan Badan Bukan Kerajaan, para sukarelawan dan semua yang telah memainkan peranan masing-masing demi kesejahteraan negara dan rakyat sehingga ke hari ini.

Semoga Malaysia sentiasa terpelihara dan mendapat perlindungan daripada Allah Subhanahu Wata’ala jua, dan terus makmur.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Muzium Tentera Darat di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengarah muzium berkenaan Kolonel Abu Bakar Kamarozaman dan Timbalan beliau Leftenan Kolonel Mohd Yazid Nordin.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan singgah berfoto kenangan dengan kereta-kereta perisai yang dipamerkan sempena Hari Ulang Tahun Kor Armor DiRaja ke-72

Tuanku Raja Muda mengetuai program kayuhan berbasikal sempena Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini di sekitar Port Dickson dan dihoskan oleh mantan Pengerusi Bukan Eksekutif yang juga sebelum itu Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Bhd, Tan Sri Datuk Sri Dr. Haji Mohd Khamil Jamil.

Kayuhan tersebut turut diserikan lagi dengan sumbangan amal kepada lima buah keluarga asnaf terpilih yang memerlukan di perkarangan kediaman Ketua Kampung, Hj. Zamzuri Hj. Bakar di Kampung Baru Port Dickson yang telah disampaikan oleh Mohd Khamil.

Para peserta kayuhun sejauh 20 kilometer itu tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang mengujakan di selatan tanah air itu di penghujung, sebelum tamatnya kayuhan tersebut.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button