Ekonomi

Pelbagai potensi besar pelaburan ditawarkan Perlis – Pemangku Raja Perlis

KANGAR 11 Ogos – Pelancongan, industri, pertanian dan kuari serta perlombongan merupakan antara potensi mengamit pelaburan yang terdapat di negeri Perlis.

Selain daripada itu adalah logistik, pendidikan dan latihan, teknologi hijau serta perikanan.

Demikian dikongsikan oleh Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan menerima mengadap Duta Besar Malaysia ke Jerman, PYT Datin Paduka Dr. Adina Kamarudin di Fairy Le Phenomenal Café, Kangar baru-baru ini.

Turut hadir sama adalah suami beliau, Mahzan Abdul Samad, anaknya, Muhammad Aqeel Rasikh Mahzan dan Ketua Pegawai Eksekutif Smart Leisure & Travels (SLT) Sdn Bhd, Datuk Nellsen Young.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berharap selepas kunjungan ke negeri ini, Duta Besar ke Jerman itu dapat sedikit sebanyak membantu memperkenalkan peluang dan potensi pelaburan serta pelancongan negeri Perlis di negara tersebut.

Turut dipertimbangkan ialah cadangan mengadakan promosi masakan Perlis di Berlin dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

Ketika di Perlis selama dua hari, PYT Dr. Adina turut meluangkan masa melawat Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA), Superfruits Valley di Chuping serta kawasan komersil baru Kangar Jaya selain mengadakan kunjungan sembah mengadap hormat ke atas Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button