Ekonomi

Saham AS menjunam pada Isninm kaunter teknologi merudum

Saham di pasaran Amerika Syarikat (AS) menjunam pada Isnin di tengah-tengah kebimbangan mengenai pertikaian perdagangan Presiden Trump yang semakin meningkat dan potensinya untuk mencetuskan kemelesetan ekonomi negara itu.

Purata Indeks Industri Dow Jones jatuh lebih 800 mata, manakala Komposit Nasdaq mengalami kerugian peratusan sehari terburuk sejak September 2022, jatuh hampir empat peratus.

Presiden Trump mengakui ketidaktentuan ekonomi dalam wawancara Fox News, menyatakan, “Terdapat tempoh peralihan kerana apa yang kami lakukan adalah sangat besar.”

Sementara itu, petunjuka GDPNow Rizab Persekutuan Atlanta mengunjurkan penguncupan 2.4 peratus dalam KDNK suku pertama.

Belenggu potensi kemelesetan menyebabkan pasaran saham berhadapan dengan gelombang kejutan, iaitu apa yang dipanggil saham teknologi “Magnificent Seven” menanggung beban penjualan.

Saham-saham utama teknologi  – $Amazon (AMZN.US)$, $Apple (AAPL.US)$, $Meta Platforms (META.US)$, $Microsoft (MSFT.US)$, $NVIDIA (NVDA.US)$, $Tesla (TSLA.US)$ dan $Alphabet-A (GOOGL.US)$ – mengalami kemerosotan ketara kebelakangan ini.

Kesemuanya mengalami kemerosotan yang ketara sejak beberapa tahun lalu.

Tesla muncul sebagai yang paling rugi di kalangan kumpulan itu, menjunam 15.4 peratus. – BARRON

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button