Politik

Undang-undang perlu untuk kawal platform media sosial

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam perbuatan syarikat Meta menurunkan siaran oleh Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin lain yang hanya menyampaikan ucapan takziah atas kematian tersebut.

Tindakan ini membuktikan sikap berat sebelah platfom media sosial utama dalam usaha menyekat kebebasan bersuara dan ekspresi walau pun tiada sebarang kandungan merbahaya atau berunsur jenayah yang dimuatnaik.

Situasi ini menekankan lagi betapa pentingnya rangka kerja kawal selia yang baharu bagi platfom media sosial dan pesanan Internet.

Bermula 1 Ogos 2024 ini, undang-undang kawal selia baharu mewajibkan semua platfom media sosial dan pesanan Internet yang mempunyai sekurang-kurangnya 8 juta pengguna berdaftar di negara ini memohon lesen dan dikawal selia.

Beberapa ahli politik termasuk Syed Saddiq menentang langkah ini dengan melabelkannya sebagai satu pencabulan terhadap kebebasan bersuara dan media.

Ironinya, Syed Saddiq sendiri pernah membuat aduan yang serupa tentang penurunan kandungan media sosialnya.

Namun pengkritik ini gagal mengakui bahawa peraturan yang serupa telah dilaksanakan di Eropah yang berada di hadapan dalam melindungi hak asasi manusia.

Tujuan undang-undang ini bukan untuk menyekat kebebasan bersuara tetapi untuk mengawal selia platform media sosial bagi melindungi orang awam daripada beberapa isu utama:

  • Pornografi – terutamanya pornografi kanak-kanak
  • Buli siber yang telah menyebabkan kes bunuh diri yang tragis
  • Kandungan berbahaya termasuk ucapan kebencian dan gangguan
  • Maklumat palsu, penipuan dan skim penipuan
  • Melindungi kanak-kanak daripada iklan digital yang menyasarkan mereka dengan menangani kebimbangan tentang privasi dan manipulasi.

Pendekatan ini sejajar dengan European Union Digital Services Act yang telah dikuatkuasakan sejak Ogos 2023 di semua 27 negara anggota EU.

Pengkritik seperti Syed Saddiq sering mengabaikan bahawa undang-undang ini juga bertujuan menghalang platfom media sosial daripada menurunkan kandungan pengguna secara tidak adil, sekali gus memastikan kebebasan bersuara yang sebenar.

Ini adalah perkara yang Syed Saddiq sepatutnya faham sebagai salah seorang pembuat dasar di peringkat Parlimen.

Kebebasan bersuara dilindungi sebagai hak asas di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan Malaysia tetapi ia bukan mutlak.

Perkara 19 Universal Declaration of Human Rights 1949 juga menyatakan bahawa hak ini membawa tanggungjawab khas dan boleh dikenakan sekatan tertentu apabila perlu.

Ini bermakna kebebasan bersuara tidak sepatutnya disalahgunakan sehingga menyebabkan kemudaratan kepada orang lain, ketenteraman awam atau keselamatan negara.

Kebanyakan rakyat Malaysia mungkin pernah terdedah kepada kandungan berbahaya di media sosial, daripada pornografi dan ucapan kebencian kepada penipuan dan skim penipuan. Isu yang meluas ini menekankan kepentingan mengawal selia kandungan.

Oleh itu, eloklah Syed Saddiq dan pengkritik lain menawarkan kritikan yang membina dan bukan merungut tanpa mempertimbangkan manfaat kepada rakyat. Ahli politik tidak sepatutnya mencari keuntungan politik dengan mengorbankan kesejahteraan rakyat Malaysia.

BRYAN NG YIH MIIN

PENGARAH STRATEGI AHLI MAJLIS  PIMPINAN PUSAT  ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button