Pendidikan

Raja Puan Muda Perlis berangkat ke hari anugerah cemerlang SMK Tuanku Lailatun Shahreen

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri Hari Anugerah Kecemerlangan dan Hari Kokurikulum Sesi Akademik Tahun 2024 bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Lailatul Shahreen, Jalan Padang Behor, Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengetua Sekolah, Lili Mariam Mohammad@Mokhtar dan Timbalan Pengarah Pendidikan Perlis (Sektor Pengurusan Sekolah), Hamidi Md Saad.

Sekolah ini telah berjaya memperoleh kelulusan 100% dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 3.44 berbanding tahun 2022 adalah 3.60 bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023.

Seramai dua orang pelajar telah berjaya memperoleh 9A, seramai 6 orang mendapat 8A, 7 orang berjaya memperoleh 7A, 7 orang memperoleh 6A dan yang selebihnya memperoleh 5A ke bawah

Menurut Lili Mariam, pelbagai program telah dirancang bagi meningkatkan lagi prestasi murid. Antaranya, kelas tambahan, kelas tambahan berfokus, Program Mentor-mentee, Program Cuti-Cuti Cari Ilmu, Bengkel Teknik Menjawab, dan Kem Kecemerlangan diteruskan.

“Saya amat berharap agar dengan kerjasama dan kesungguhan semua pihak iaitu guru-guru, murid-murid, PIBG, Jabatan Pendidikan dan ibu bapa, sekolah ini akan terus meningkat kecemerlangannya pada tahun berikutnya”, tambah beliau lagi.

Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah berkenan untuk menyempurnakan simbolik perasmian hari anugerah cemerlang tersebut dan mengurniakan Anugerah Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) kepada Affan Abqari Abdul Razak.

Beliau merupakan Tokoh Nilam Bahasa Melayu Negeri Perlis, Johan Deklamasi Sajak Bulan Kebangsaan dan merupakan penerima Anugerah Pelajar Harapan SPM 2023 dan telah mendapat keputusan 9A bagi peperiksaan SPM 2023.

Tuanku Raja Puan Muda turut berkenan untuk menyempurnakan Pengurniaan Anugerah Pencapaian Terbaik SPM 2023 kepada 22 orang pelajar dan Pengurniaan Anugerah bagi Harapan Akademik, Anugerah Kecemerlangan Sukan, Anugerah Kecemerlangan Koakademik dan Anugerah Kepimpinan Murid kepada 4 orang pelajar.

Majlis tersebut turut diserikan lagi dengan persembahan syair, nyanyian dan tarian oleh para pelajar SMK Tuanku Lailatul Shahreen.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button