Hiburan

Hafiz Roshdi lega bekas isteri tarik kes pukul

PELAKON, Hafidz Roshdi kini boleh menarik nafas lega dan rasa lebih tenang apabila Shuhada menarik balik kes dakwaan memukul bekas isterinya itu.

Memetik dari OhBulan! di perkarangan Mahkamah Majisteret Kuala Kubu Bharu, Hafidz berkata dia berasa berpuas hati dengan keputusan bekas Isterinya, Nurul Shuhada Mat Syukri.

 

‘’Alhamdulillah, saya rasa sangat berpuas hati. Saya rasa ini berita yang sangat menggembirakan saya. Saya harap berita ini dapat membuka mata orang di luar sana, yang kami sudah berdamai. Kami tak ada pergaduhan.

 

‘’Tiada kena mengena (gangguan pihak ketiga). Saya juga gembira dan sangat bersyukur. Saya rasa lagi tenang.

Dalam pada itu, pelakon berusia 30 tahun turut mengucapkan rasa syukur kerana ianya tidak melibatkan sebarang elemen paksaan terhadap Shuhada sepanjang proses pendamaian ini berjalan.

 

‘’Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua. Tak ada sebarang isu atau provokasi berlaku. Memang kami bersetuju untuk berdamai secara baik.??‘Saya harap semuanya berdamai dan berjalan dengan baik serta isu anak-anak dapat diselesaikan dengan baik.

Sementara itu, Shuhada yang tidak hadir ke mahkamah difahamkan kerana kurang sihat dan hanya diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Asmah Che Wan.

 

Hakim yang bertindak sebagai Majistret, Siti Fatimah Talib kemudian menetapkan 2 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.

 

Terdahulu, pada sebutan kes 9 Jun tahun lalu Hafidz disahkan waras dan pertuduhan ke atasnya layak untuk dibicarakan selepas pihak pendakwaan mengesahkan laporan perubatan psikiatri aktor itu.

 

Hafidz sebelum itu mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan.

 

Pada 2 Mac tahun lalu, Shuhada telah membuat laporan polis selepas mendakwa dia telah ditumbuk oleh Hafidz beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian pipi.

 

Pelakon itu didakwa atas pertuduhan mencederakan isterinya (ketika itu) dan dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Syeksen 326 A kanun yang sama.

 

Untuk info, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 3.

 

Pasangan itu kemudian disahkan bercerai talak satu pada 27 Julai tahun lalu.

Artikle Berkaitan :>

Kalau ada masalah, cari saya, jangan libatkan anak isteri! – Syamsul Yusof

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button