Sukan

Shahril lepas jawatan Naib Presiden FAM, tumpu pada bola sepak Selangor

Datuk Seri Shahril Mokhtar melepaskan jawatan sebagai Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),  untuk memberi tumpuan kepada jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC selepas ini.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata, keputusan itu untuk memberikan yang terbaik demi kemajuan dan pembangunan FAS dan juga kelab Selangor FC.
Beliau telah meletakkan jawatan daripada badan induk bola sepak itu serta-merta pada tengah hari Rabu.
Menurutnya, surat perletakan jawatan telah dihantar kepada FAM dan peletakan jawatan itu adalah haknya kerana dipilih dan bukan dilantik.
Tanpa mendedahkan alasan secara jelas, Shahril berkata, situasi kemelut bola sepak ketika ini menjadi punca beliau meletakkan jawatan.
Peletakan jawatan Shahril itu berkemungkinan kerana hukuman melampau yang dikenakan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kepada pasukan Gergasi Merah selepas tidak hadir perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor bulan lepas.
Dalam kenyataan pada Selasa, MFL mengenakan empat bentuk hukuman iaitu iaitu didenda RM100,000, pemotongan tiga mata dalam saingan Liga Super 2024/2025, perlu membayar pampasan kerugian ditanggung JDT selaku pasukan tuan rumah perlawanan pembukaan musim itu dan MFL dengan jumlahnya akan dimaklumkan kemudian.
Selain itu, perlawanan Liga Super minggu ke-14 antara Selangor dan JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), akan dimainkan tanpa penonton. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button