Hiburan

Netizen pertikaikan pelantikan Siti Nurhaliza sebagai ‘Pakar UMCCed’

BARU-baru ini penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Sri Siti Nurhaliza di lantikan sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan di Universiti Malaya dan ia juga hangat diperkatakan oleh netizen.

Di media sosial, ada yang mempersoalkan kelulusan yang dimiliki oleh penyanyi itu sehingga dilantik menjadi pakar di universiti terkemuka berkenaan.

‘’Atas dasar dan kelulusan apa beliau di lantik sebagai PAKAR di UM. Sekadar bertanya.mampus kena bash dengan fans dia tegar nanti’, menerusi akaun @KlutzyKucing di platform X.

Namun ada juga yang memberikan pendapat bahawa dalam bidang pendidikan seseorang itu tidak semestinya berpendidikan rasmi tetapi ia berdasarkan pengalaman bekerja turut diambil kira.

Apatah lagi Siti Nur Haliza sudah banyak menangi anugerah di dalam negara mahupun luar negara, beliau juga sememangnya layak kerana pakar dalam bidang nyanyian serta ikon untuk pendidikan berkaitan seni.

Artikle Berkaitan :>

Dalam masa dua jam tiket konsert Datuk Siti Nurhaliza ‘sold oOut’

Konsert Datuk Siti gantikan persembahan amal demi Palestin

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button