Kesihatan

Neo Medicare bantu pesakit buah pinggang capai kualiti hidup

MENYEDARI pesakit buah pinggang semakin bertambah di Malaysia, Neo Medicare bantu pesakit mencapai kualiti hidup yang lebih tinggi dengan merawat punca dan gejala penyakit kronik walaupun ia sudah ke tahap 5.

Rawatan ini menggunakan teknik diagnostik dan rawatan alternatif berasaskan bukti saintifik, setiap masalah kesihatan dikenal pasti dan kemudian menggunakan penyelesaian penjagaan perubatan bersepadu untuk menangani masalah yang dihadapi.

Pengasas Neo Medicare, Profesor Dr Ab Aziz Al Safi

Menurut Pengasasnya, Profesor Dr Ab Aziz Al Safi, 66, yang sudah berpengalaman lebih dalam 30 tahun dalam bidang perubatan, Malaysia kini saban tahun menerima pesakit kegagalan buah pinggang seramai 9500 orang.
Melalui program ini dapat membantu pesakit agar tidak kerap lagi ke tempat dialisis malah kesihatan lancar berbanding sebelum ini.

‘’Dengan metode yang saya buat dipanggil ‘neorenelmatode’ maksudnya kita akan tumpu pada pemakanan dia (pesakit) apa yang boleh dimakan apa yang tidak boleh dimakan yang kedua pula kita akan buat hidroterapi maksudnya ada rendaman mengeluarkan uria dan tenerin dari badan.

‘’Kita tambah buat bekam klinikal maknanya bila kita buat bekam dapat mengeluarkan darah yang mengandungi uria tenterin’’ Ujarnya.

Dr Aziz yang berjaya bantu pesakit buah pinggang selama 13 tahun ini berjaya memperkenalkan kaedah rawatan dari India.

‘’Yang sudah amik rawatan ini lebih dari 5,000 orang dan mereka ini telah pulih sepenuhnya walaupun tidak menjalani dialisis.

‘’Masih ramai orang di luar sana yang tidak tahu rawatan ini dan tidak sempat untuk mengikuti program ini, buat masa kini program sedang berlangsung di Kota Bharu Kelantan.

Dalam pada itu Dr Ab Aziz Al Safi dianugerahkan sijil pengiktirafan Asia Book of Record atas sumbangannya membantu masyarakat terutama pesakit buah pinggang bertempat di Eastin Hotel semalam.

Neo Medicare merupakan pakar dalam penjagaan perubatan integratif untuk menyelesaikan penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang kronik (CKD), diabetes mellitus dan sindrom metabolik serta penyakit kronik yang lain.

Turut dilengkapi dengan pelbagai mesin dan peralatan canggih dan termaju seperti hipertermia, ECP dan CTU dan i-tera bagi mempercepatkan proses pemulihan.

Bagi orang ramai yang ingin mengetahui rawatan penyakit buah pinggang ini, boleh melayari www.Neomedicaregroup.com dan www.elakdialisis.com.

Artikle Berkaitan :>

Jalani dialisis tak patahkan semangat Halisah Ashari genggam ijazah kedoktoran

Raja Muda Perlis saran masyarakat terus sumbang pembinaan pusat dialisis

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button