Sukan

Azeem, Shareen gagal layak secara merit ke Olimpik Paris

JAGUH pecut negara  Azeem Fahmi dan Shereen Samson Vallabouy gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris secara merit apabila terlepas masa kelayakan di Kejohanan Terbuka Kazakhstan pada Sabtu.

Kejohanan itu merupakan peluang terakhir untuk kedua-dua mereka layak secara merit ke temasya yang akan berlangsung bulan depan.

Azeem, yang perlu menang dan mencatat sekurang-kurangnya 10.20s untuk melonjakkan rankingnya, terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dengan catatan masa 10.37s dalam acara 100m akhir di Pusat Latihan Olimpik Almat.

Juara pecut Thailand, Puripol Boonson memenangi perlumbaan dengan catatan masa 10.23s, diikuti Kayhan Ozer dari Turki, yang memenangi perak dalam masa 10.25s.

Shereen memenangi acara 400m dengan catatan masa 52.60s, meninggalkan atlet tuan rumah Anna Shumilo (56.01s) dan Milana Zubareva (57.80s) masing-masing di tempat kedua dan ketiga. Bagaimanapun, dia gagal memecahkan rekod kebangsaannya 51.79s.

Azeem perlu menembusi 56 terbaik manakala Shereen perlu menjadi antara 48 pelari terbaik dalam kemas kini kedudukan kelayakan Olimpik yang dijangka diumumkan pada Isnin untuk membuat pemotongan, lapor Bernama.

Persekutuan Olahraga Malaysia sebelum ini berkata kedua-dua nama mereka berada dalam senarai untuk satu penyertaan wildcard ke temasya itu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button