Kemeriahan Sefood Festival dengan harga promosi di Sunway Putra Mall
WALAUPUN baru hari pertama berlangsung Sefood Festival yang sedang berlangsung di Sunway Putra Mall anjuran FriedChillies pada hari ini ia mendapat sambutan yang mengalakkan dari orang ramai yang hadir ke acara tersebut.
Sebanyak 15 gerai menghidangkan makanan yang fresh dan luar biasa, harga pula memang sangat berbaloi selama 2 hari acara ini berlangsung.
Bagi penggemar seafood sudah tentu anda harus datang ke acara ini, setiap makanan yang disediakan dari mentah seperti sashimi atau oyster sehinggalah dibakar seperti ikan pari bakar dan lain-lain sudah tentu ia kepuasan untuk para pengujung.
Pada yang sama suasana pesta ini juga akan dimeriahkan lagi dengan pertandingan makan Man vs Food, persembahan ‘live’ dan demo seafood chowder dan cubaan rasa percuma oleh Chef Bob Adnin selaku chef untuk Ombak Kitchen.
Pengunjung pesta juga boleh menikmati promosi-promosi kudapan, dessert dan minuman yang akan disediakan oleh kedai-kedai di Sunway Putra dan banyak lagi.
Pada hari ini, anda boleh cuba hidangan dari vendor-vendor seperti sashimi pizza dan maki dan Kingu Kongu, Seafood spread dari Ombak Kitchen, Udang Galah dari MRos dan oyster segar dari Penang Oyster Park.
Antara Restoran yang akan ada adalah, Penang Oyster Park, Kingu Kongu, MRos, Port Dickson, Ombak Kitchen, Grill Haven, Ikan Bakar Bellamy, Crispy Chippy, Cwtch Fish and Chips, Top Catch, Bolok Troops dan Sushika.
Artikle Berkaitan :>
Seafood Festival mengumpulkan chef dari restoran terkenal di Sunway Putra Mall