Ekonomi

Dalam tempoh 3 tahun ekosistem Teknologi Start up berjaya jana nilai RM220 bilion

DALAM masa 3 tahun Ekosistem Teknologi Start up Kuala Lumpur berjaya menjana Nilai Ekosistem lebih dari RM220 bilion (USD47 bilion), bandar ini juga ditempatkan kedudukan 30 terbaik ekosistem pembangunan.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Yang berhormat  Tuan Chang Lih Kang nilai tersebut bermula dari 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2023.

“Nilai Ekosistem dan pencapaian Kuala Lumpur ini membuktikan tumpuan negara dalam melabur dan membangunkan ekosistem startup teknologi.

‘’Menyedari perkara ini, saya juga ingin mengiktiraf peranan dan impak semua agensi, kementerian, dan organisasi yang terlibat melalui platform Tetingkap Tunggal MYStartup yang baharu dilancarkan.

‘’Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan terus menerajui usaha ini untuk merealisasikan visi kami dalam menjadikan ekosistem startup Malaysia dalam kedudukan 20 terbaik menjelang 2030 seperti yang digariskan dalam Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) 2021-2030’’. Katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) pula Norman Matthieu Vanhaecke, sebagai agensi fokal bagi ekosistem startup Malaysia, menyatakan perasaan bangga tentang pencapaian ini kerana ia adalah bukti usaha dan inisiatif strategik yang dijalankan untuk memupuk persekitaran yang kondusif bagi startup.

“Malaysia telah mengiktiraf peranan startup dalam memacu inovasi tempatan dan kemajuan teknologi. Cradle berusaha untuk menggabungkan sumber dan pengalaman semua pihak berkepentingan dalam ekosistem.

‘’Dengan komitmen yang berterusan dalam membentuk sebuah ekosistem yang berprestasi tinggi, inklusif, global, dan mampan, Cradle akan terus berusaha untuk meletakkan Malaysia di barisan hadapan ekosistem startup di peringkat global’’. Jelasnya dalam satu kenyataan.

Berikut merupakan laporan GSER 2024, ekosistem Kuala Lumpur juga telah tersenarai antara kumpulan terbaik dalam beberapa bidang utama di Asia:

  • Kedudukan 15 terbaik Ekosistem Asia dalam Pendanaan: Pencapaian ini menggambarkan kapasiti inovasi Kuala Lumpur melalui pendanaan peringkat awal yang kukuh dan penyertaan aktif pelabur.

 

  • Kedudukan 20 terbaik Ekosistem Asia dalam Prestasi: Pencapaian ini mencerminkan saiz dan kejayaan keseluruhan ekosistem, dengan mempertimbangkan nilai kumulatif yang dicipta oleh startup teknologi melalui exit dan pendanaan.

 

  • Kedudukan 20 terbaik Ekosistem Asia dalam Bakat dan Pengalaman: Kedudukan ini mengiktiraf trend jangka panjang yang kukuh di Kuala Lumpur, menunjukkan kedalaman bakat dan pengalaman dalam ekosistem.

 

  • Kedudukan 25 terbaik Ekosistem Asia dalam akses kepada pemilikan bakat secara kos efektif: Kategori ini mengukur keupayaan Kuala Lumpur dalam menarik bakat teknologi secara kos efektif dan menekankan kelebihan kompetitifnya dalam membina tenaga kerja yang mahir.

 

  • Kedudukan 30 terbaik Ekosistem Asia dalam kategori “Bang for Buck”: Kedudukan ini mengukur jumlah runway yang diperoleh startup teknologi, secara purata, daripada satu pusingan VC.

 

  • Bakat berkualiti dan kemudahan dalam menjalankan perniagaan merupakan antara faktor tarikan bagi startup untuk berpindah ke ekosistem ini.

 

GSER 2024 menganalisis data lebih daripada 4.5 juta startup merangkumi 300 ekosistem global serta menyediakan trend global dan panduan dasar kepada lebih 160 kementerian yang melibatkan ekonomi dan inovasi serta agensi awam serta swasta di lebih 55 negara.

 

Artikle Berkaitan :>

Bank Negara, MYSA jalin kerjasama strategik perkasa ekosistem kewangan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button