Nasionalpilihan

Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di balai polis Ulu Tiram

SEROANG lelaki bertopeng menceroboh masuk ke balai polis Ulu Tiram, Johor Bahru dan menyerang anggota polis menyebabkan dua terbunuh dan seorang lagi cedera.

Memetik Utusan Malaysia, kejadian itu berlaku pada pukul 2 pagi.

Dalam kejadian itu, suspek telah menyerang beberapa anggota polis bertugas dengan parang sebelum merampas dua laras senjata dan melepaskan beberapa tembakan.

Tembakan itu mengena salah seorang anggota polis menyebabkannya cedera di bahu serta perut.

Mangsa yang ditembak dikenali sebagai Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said manakala yang ditetak pula adalah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar.

Suspek dilaporkan turut mati ditembak di lokasi kejadian.

Susulan itu, polis merampas sepucuk pistol Walther P99 dan Selaras HK MP5 daripada suspek.
Anggota polis yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut, manakala yang maut dibawa ke hospital sama untuk proses bedah siasatan. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button