Kontroversi dahulu baru bakat, kata penerbit filem Rosmarayu
PENERBIT filem D’ Ayu Pictures iaitu Datuk Rosmarayu Mokhtar atau lebih dikenali Datuk Ayu memberikan pendapatnya bahawa artis itu perlu ada kontroversi dahulu baru bakat.
Menurutnya sebagai seorang penerbit dia perlu memilih artis kontroversi bagaimanapun jelasnya dia juga berhati-hati dalam pemilihan walaupun artis tersebut terpalit dengan sesuatu isu.
‘’Kontroversi dahulu baru bakat, contohnya macam Bella Astilla yang sedang dilanda kontroversi saya ambil dia untuk menyanyi di open house saya bagaimanapun saya akan rujuk dengan seniman dahulu.
‘’Jika TV saya tiada masalah untuk ambil artis kontroversi kerana TV yang bayar jika filem saya tidak akan ambil kerana takut nanti orang ramai tidak akan datang menonton’’. Katanya pada rumah terbuka Datuk Ayu di Country Kajang Height baru-baru ini.
Dalam perkembangan terbarunya Datuk Ayu juga sedang mengembangkan sayapnya di negara jiran iaitu Indonesia.
Katanya, bukan mudah untuk masuki pasaran Indonesia oleh itu beliau berjaya dapat rakan kongsi di negara itu untuk mengembangkan terbitannya.
‘’Saya ada buka syarikat produksi filem di Indonesia iaitu D’Ayu International Cop, sebenarnya kita punya filem agak susah masuk ke sana tetapi saya cuba untuk patner dengan orang Indonesia, buka pejabat di sana dan akan melakukan satu filem iaitu ‘Bayi terakhir’ iaitu filem seram.
‘’Pelakon pula kita campur ada Indonesia dan Malaysia, saya lakukan filem seram kerana permintaan rakyat Malaysia semakin mendapat tempat di hati para penonton filem’’. Katanya.
Sementara itu di dalam majlis yang sama Datuk Ayu memberikan sedikit sumbangan wang tunai kepada artis veteran seramai 30 orang.
‘’Saya sering mendengar rintihan dari artis veteran yang sudah lama tiada job, jadi saya rasa kesian, saya terus contact Zack Zaidi untuk memanggil mereka hadir ke rumah terbuka dan berikan sedekah.
Antara penerima sumbangan tersebut
Artikle Berkaitan :>
A.Aida blacklist nama Ruhainies, tawar tiga kontrak drama kepada Bella