Travel

Siti Khadijah dan Amal sumbang kelengkapan ibadah Haji pada bakal jemaah

JENAMA pengeluar kelengkapan pakaian solat Siti Khadijah jalin kerjasama dengan Amal by Malaysia Airlines mengagihkan barangan rangkaian Siti Khadijah dan kit perjalanan Amal (Travel kit) kepada 284 jemaah Haji KT05 di Dewan Mentari, Movenpick pada Jumaat lepas.

Barangan sumbangan yang berupa kelengkapan dan keperluan ibadah Haji itu sebagai tanda buah tangan kepada para Jemaah KT05, iaitu kumpulan pertama yang menaiki Amal by Malaysia Airlines yang melalui proses daftar masuk di Kompleks Tabung Haji Sepang untuk penerbangan terus ke Madinah.

Menurut ketua Pegawai Komersial Kumpulan Siti Khadijah, Mohammad Muhaimin Aminuddin menjelaskan kerjasama bersama Amal bakal membuka ruang dan peluang Siti Khadijah dalam membantu meningkatkan keselesaan Jemaah Haji dan Umrah khususnya.

“Perancangan dan usaha untuk bekerjasama bersama Amal mengambil masa lebih daripada setahun dan Alhamdulillah hari ini kami dapat peluang untuk sama-sama meraikan jemaah Haji. Kami mahu memberikan keselesaan kepada jemaah Haji dan Umrah dalam mengerjakan ibadah.

“Apa yang istimewa, kami sumbangkan barangan Siti Khadijah bernilai RM200 yang berupa barangan kelengkapan solat untuk lelaki dan wanita sewaktu di Tanah Suci nanti,” katanya ketika ditemui.

Jelasnya, kerjasama ini diharap menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang lebih besar di masa akan datang.

Ketua Pegawai Operasi Amal by Malaysia Airlines, Muhammad Najmi Mansor ketika ditemui berkata,
jalinan kerjasama antara Amal dan Siti Khadijah amat bermakna kerana kedua-dua pihak mempunyai visi dan nilai yang sama iaitu memberi keselesaan dan kemudahan kepada jemaah beribadah dan juga untuk menarik lebih ramai menunaikan Umrah dan Haji.

Sementara itu, semua penerbangan Amal ke Tanah Suci adalah termasuk penyediaan perkhidmatan seperti talbiah, doa musafir, azan dan tazkirah serta pengumuman miqat.

Turut menyerikan majlis, Pengarah Eksekutif Haji, Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan Pengasas Jenama Telekung Siti Khadijah, Puan Padzilah Enda Sulaiman.

Jenama Siti Khadijah juga bakal memberi fokus kepada barangan lelaki dengan misi menyediakan kelengkapan solat dan pakaian harian yang selesa.

Perancangan Siti Khadijah pada tahun ini ialah untuk kembangkan kepada barangan lelaki seperti kain pelikat, jubah, kurta dan kopiah. Malah setiap barangan terdiri daripada pelbagai jenis dan harga mengikut kualiti dan premium.

Artikle Berkaitan :>

Siti Khadijah lancar koleksi ‘Raya In Vougue’

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button