Hiburanpilihan

Aliff Aziz menangis mohon maaf kepada Bella Astilah

PENYANYI dan pelakon, Aliff Aziz menangis sambil memohon maaf kepada Bella Astillah melalui satu program podcast di Singapura, The Common Folks.
Dalam program itu dia memberitahu kenapa hanya mengapa mendiamkan diri tentang kemelut yang melanda dirinya selama ini.
“Semua orang nak bercakap, selalunya orang yang bersalah ini dia kena cakap ‘last’. Sebab kalau aku yang cakap dulu, perkara itu akan berbalas-balas dan ia akan jadi lebih teruk dan ‘bising’,” katanya.
Malah dia juga mengaku bersalah dengan tindakan yang dilakukannya dan menyesal tentang perkara itu sebab pada akhirnya Bella itu tetap ibu kepada anak-anak saya.
Tetapi katanya masa itu dia dipenuhi dengan rasa marah, kebencian dan menyesal.
Pada 13 Mac lalu, Bella mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Ini susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.
Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkannya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.
Isu di antara mereka semakin rumit apabila muncul seorang wanita, Sarah Yasmine mendakwa dia adalah kekasih Aliff sejak Januari lalu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button