Thalia Baiduri nasihat wanita perlu ada ‘class’!, jangan bergaduh disebabkan ‘Buaya’
PELAKON dan usahawan, Datin Thalia Baiduri menitip pesan buat para wanita di luar sana agar perlu menjaga darjat, jangan hanya disebabkan lelaki kaki perempuan atau pun lebih sinomin dengan gelaran ‘buaya’ sesama wanita bergaduh.
Thalia yang berkongsi pendapat tentang isu panas itu menerusi laman media sosial TikToknya bersama para pengikutnya, malahan rata-rata netizen setuju dengan pandangan yang sama.
“Sebagai orang yang pernah dalam industri dan saya juga seorang wanita saya harap tak payah kita bergaduh untuk satu buaya atau kumbang.
“Wanita kena jaga value awak, awak semua cantik, kenapa kita nak gaduh sesama kita wanita dan buka aib sana buka aib sini.
“Macam rendah sangat darjat kita, kita wanita kena jadi mahal, bukan berlumba-lumba buka aib sesama kita, Astaghfirullah takut saya,” katanya dalam sesi langsung itu.
Kata-kata Thalia itu turut mendapat persetujuan dari netizen yang menyokong bahawa wanita perlu ada nilai dan harga diri tersendiri.
“Setuju Tin (Datin), kita (wanita) ada nilai,” kata Sim Ahza.
Thalia yang juga pengasas produk makanan tambahan untuk kecantikan Dolly Milk dan jenama fesyen Talia berkata, industri hiburan Malaysia juga kecil dan tidak perlu bergaduh sesama artis.
“Industri kita kecil, pusing -pusing akan jumpa muka yang sama, lebih baik berhenti bercakap yang bukan-bukan,” katanya.
Thalia mengakui cinta juga akan membuat seseorang itu buta dan membuat tindakan yang tidak sepatutnya namun penyesalan pasti akan dirasai di kemudian hari.
” Memang cinta itu buta, kita semua dan saya pun pernah muda, contoh macam mak kita halang jangan keluar dengan orang itu, kita nak juga sebab darah muda yang dihalang itulah yang dibuat.
“Percayalah cakap saya nanti kemudian sesalan akan datang dan kita tahu kenapa mak kita halang,” katanya.
Ibu kepada empat cahaya mata itu juga berharap netizen dan pihak lain tidak menghangatkan isu ini.
“Saya berharap semua pihak jangan menambah-nambah dalam isu ini yang memalukan dan dibaca oleh semua peringkat umur.
“Saya sendiri seorang ibu yang ada anak perempuan dan anak lelaki, memang takut bila baca pendedahan yang dibuat.
“Saya selalu berdoa dan beringat jangan seronok melihat aib orang kerana bimbang boleh terkena kepada kita, doa yang baik-baik,” katanya.
Thalia berkata demikian berhubung isu hangat yang sedang diperkatakan membabitkan pendedahan seorang wanita dari Singapura dalam episod curang pelakon Aliff Aziz.
Wanita itu turut mengaitkan beberapa nama selebriti lain termasuk Ruhainies, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.
Beberapa penggiat seni termasuk Erma Fatima dan Zed Zaidi turut berang dengan isu yang disifatkan memalukan dan memburukkan nama industri hiburan tempatan.
Artikle Berkaitan :>
‘’Memang saya ada baca jampi untuk suami’’- Datin Thalia jelaskan keadaan sebenar