Berita

Matlamat Yayasan Koreksional Malaysia bantu banduan dapatkan kerja selepas selesai menjalani hukuman

Yayasan Koreksional Malaysia bekerjasama bersama Jabatan Penjara Malaysia dalam membantu bekas banduan untuk dapatkan pekerjaan selepas dibebaskan.

Matlamat dan fungsi Yayasan tersebut memberi peluang kedua kepada para banduan serta memberikan bantuan berupa latihan kemahiran dan akademik kepada penghuni dan kakitangan penjara bagi menyara keluarga mereka sebelum dan selepas dibebaskan.

Menurut Exconya, Haji Wan Ramzan bin Wan Ahmad terdapat stigma terhadap para banduan selepas dibebaskan iaitu dipandang rendah dan turut dipinggirkan.

‘’Para banduan akan dilatih oleh pakar dalam satu-satu kemahiran yang diceburi supaya hasil kerja akan menjadi lebih berkualiti.

‘’Latihan-latihan kemahiran yang ditawarkan seperti dalam bidang pertanian, jahitan, penternakan dan tawaran kerja di kilang-kilang dalam sektor perladangan.

“Yayasan Koreksional itu kelak akan bertujuan untuk memperuntukkan hasil jualan produk yang dihasilkan banduan bagi progam pemulihan tersebut.

“Jabatan Penjara turut mencatatkan penjimatan yang besar hasil daripada keluaran sara diri daripada banduan seperti pembekalan roti, penternakan ikan air tawar, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Tambahnya lagi antara pencapaian terbaik yang dibawa oleh Jabatan Penjara adalah mengangkat seni tenunan Pahang Diraja ke peringkat antarabangsa dan mendapat pengiktirafan oleh Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Tunku Azizah, yang juga Penaung Diraja bagi Seni dan Kraf Jabatan Penjara Malaysia, meminati keindahan tenunan warga penjara yang turut menarik perhatian pelbagai individu termasuk ketika ia dipamerkan sempena Minggu Kraf London pada tahun 2023 sehingga terdapat permintaan daripada Jabatan Penjara Singapura, Filipina dan Jepun untuk berkongsi ilmu seni tekstil Malaysia” ujarnya dalam sidang media semasa majlis Rumah Terbuka Yayasan Koreksional Malaysia baru-baru ini.

Yayasan ini akan membantu Jabatan Penjara Malaysia dalam melaksanakan program pemulihan secara holistik yang dilihat mampu memberi manfaat besar kepada banduan apabila melangkah keluar dari penjara kelak.
Disamping itu, ini juga merupakan satu usaha terbaik bagi mengurangkan kebergantungan sektor perindustrian terhadap tenaga kerja buruh asing di Malaysia.

Bekas banduan juga diberi peluang untuk dapatkan bantuan dari segi pinjaman kewangan dalam memulakan perniagaan melalui Tekun supaya mereka dapat berdikari dalam meneruskan kelangsungan hidup.
Secara tidak langsung dapat menjana ekonomi negara serta dapat juga meningkatkan jati diri.

Artikle Berkaitan :>

Sejauh mana persediaan Jabatan Penjara ?

Jabatan penjara nafi Azilah dibawa keluar untuk bertemu VVIP

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button